Death Eater

(Dilencongkan dari Fenrir Greyback)
Persatuan Harry Potter
The Dark Mark of Lord Voldemort
Death Eater
Ibu Pejabat Rumah Keluarga Riddle
Ketua Lord Voldemort
Tujuan Mengekalkan ketulenan darah sihir dan berkkhidmat kepada Lord Voldemort
Musuh Kumpulan Phoenix, Tentera Dumbledore, dan Kementerian Sihir
Kemunculan Pertama Kali pertama digunakan dalam Harry Potter dalam Piala Api, walaupun pengikut Voldemort pernah berjumpa sebelumnya.

Dalam siri Harry Potter, Death Eater merupakan pengikut Lord Voldemort. Death Eater merupakan organisasi pengganas Voldemort dalam peperangannya menentang pentadbiran sihir British iaitu Kementerian Sihir dan kumpulan anti ilmu hitam Dumbledore, Kumpulan Phoenix.

Kisah Death Eater sunting

Ahli-ahli Death Eater sunting

Lord Voldemort (Tom Marvolo Riddle) (bekas ketua)

  • Masih hidup - Barangkali kini dipenjarakan
    • Alecto Carrow
    • Amycus Carrow
    • Avery
    • Crabbe Sr. (bapa Vincent Crabbe)
    • Walden Macnair
    • Goyle Sr. (bapa Gregory Goyle)
    • Jugson
    • Rabastan Lestrange
    • Rodolphus Lestrange
    • Mulciber
    • Nott Sr. (bapa Theodore Nott)
    • Augustus Rookwood
    • Travers
    • Yaxley "Death Eater Bermuka Ganas"
    • Thorfinn Rowle "Death Eater Berambut Perang"
    • Selwyn
  • Meninggal dunia atau tanpa jiwa
  • Pengkhianat Death Eater
    • Igor Karkaroff (dibunuh pada 1996 selepas setahun bersembunyi)
    • Regulus Black (dibunuh oleh Inferi apabila cuba mendapatkan Horcrux loket Slytherin, pada 1979)
    • Draco Malfoy (penakut, dia tidak mengesahkan identiti Harry Potter dan rakannya ketika penangkapan mereka di Kediaman Malfoy).
    • Lucius Malfoy (mengutamakan keselamatan anaknya lebih dari bertarung untuk Lord Voldemort ketika Peperangan Hogwarts.)
    • Narcissa Malfoy (mengutamakan keselamatan anaknya lebih dari kesetiaan untuk Lord Voldemort; mengingkari Voldemort sekurang-kurangnya dua kali; menipu Voldemort tentang kematian Harry; dan tidak menyertai Peperangan Hogwarts kerana mencari Draco).
    • Severus Snape (dibunuh Voldemort, walaupun ketidak setiaannya tidak diketahui Voldemort ketika itu)
    • Peter Pettigrew (mati oleh tangan ajaibnya yang diberikan Voldemort ketika ingin membunuh Harry dalam kurungan di Kediaman Malfoy)
  • Ahli lain
    • Fenrir Greyback (Serigala jadian, dibenarkan memakai jubah Death Eater, tetapi tidak ditandakan dengan Tanda Kuasa Jahat)
    • Pius Thicknesse (diletakkan bawah Sumpahan Imperius dalam Buku 7, digunakan sebagai boneka Menteri Sihir)
    • Stan Shunpike (dipercayai diletakkan bawah Sumpahan Imperius dalam Buku 7)

Bio sunting

Tugas mereka termasuklah menentang Kementerian Sihir dan Kumpulan Phoenix, dan mengurangkan tentangan oleh mereka yang menentang Voldemort dengan mengancam, menculik, membunuh, mengugut atau mencederakan keluarga mereka terutamanya kanak-kanak. Selepas menyertai, Death Eater harus menyertakan kesetiaan mereka sehingga mati. Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada hukuman berat, lazimnya berbentuk siksaan atau kematian.

Semua Death Eater dicapkan Tanda Kuasa Jahat di lengan kiri mereka. Tanda Kuasa Jahat, tanda Voldemort (tengkorak dengan ular terjulur dari mulutnya) akan digunakan untuk memanggil Death Eater - apabila Voldemort menyentuh tanda seorang Death Eater, tanda pada yang laini akan membakar, dan Death Eater akan menjelma terus kepada tuan mereka. Pemakaian biasa bagi Death Eater adalah hitam, jubah berhud dan topeng tengkorak putih yang menutup bahagian atas muka.

Versi filem Harry Potter and the Goblet of Fire menunjukkan Death Eater dengan topeng tengkorak dan berjubah hitam bertudung tajam, menyerupai jubah ahli Ku Klux Klan.

Templat:Spoiler

Beberapa anak Death Eater turut bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts - sekolah itu sendiri tidak menyebelahi kumpulan atau pihak mana-mana, walaupun beberapa Pengetua sebelumnya berbuat begitu. Menurut J.K. Rowling, walaupun ahli Slytherin sering berkaitan dengan Death Eater, hanya sedikit sahaja dalam populasi Slytherin dan terdapat juga pelajar yang berkaitan dengan Death Eater dalam Gryffindor, Hufflepuff, dan Ravenclaw.

Kejatuhan dan Kebangkitan Kedua Lord Voldemort sunting

Apabila Lord Voldemort telah hilang selepas percubaannya untuk membunuh Harry Potter, Death Eater telah diharamkan dan berpecah secara besar-besaran. Kementerian telah mengumpulkna kebanyakan mereka dan memenjarakan mereka di dalam Azkaban, tetapi sebahagian daripada mereka terlepas dengan mendakwa bahawa mereka dijampi oleh Death Eater yang lain, seperti yang dilakukan oleh Igor Karkaroff; Harry menyakiskan pengakuan Karkaroff dalam Pensieve Dumbledore.

Apabila Lord Voldemort memperoleh kekuatan semula pada penghujung Harry Potter dalam Piala Api, dia memanggil semua pengikutnya dengan menyentuh Tanda Kuasa Jahat Peter Pettigrew. Sesetngah dari mereka yang telah mengkhianatinya agak terlalu takut untuk kembali, dan sesetengah yang lain telah mati atau dipenjarakan, tetapi banyak yang telah kembali kepadanya.

Pautan luar sunting