Ferdinand Cohn

German biologist

Ferdinand Julius Cohn (24 Januari 1828 – 25 Jun 1898) ialah seorang ahli biologi berkerakyatan Jerman. Beliau merupakan salah satu penyelidik bakteriologi dan mikrobiologi moden.

Ferdinand Julius Cohn.

Ferdinand J. Cohn lahir di Breslau, Wilayah Silesia, Prusia (kini Wroclaw, Poland).[1][2] Bapanya, Issak Cohn, adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Pada usia 10 tahun Ferdinand mengalami penurunan pendengaran yang alasannya tidak diketahui. Pada usia 16 tahun beliau mempelajari ilmu botani melalui Heinrich Goppert di Universiti Breslau. Disebabkan latar belakang beliau berketurunan Yahudi, beliau tidak boleh mengambil ujian akhir di Breslau.[3][4][5][meragukan ] Beliau kemudiannya berpindah ke Universiti Berlin. Pada tahun 1847, ketika berusia 19 tahun, beliau menamatkan sarjana botani di Berlin. Beliau terus mempelajari botani di Berlin sehingga beberapa tahun kemudian dan banyak bertemu dengan ilmuwan penting pada zamannya.

Rujukan dan pautan luar sunting

 
Wikisource