Fernando Sor o Josep Ferran Sorts i Muntades (dibaptiskan pada 14 Februari 1778 – meninggal dunia 10 Julai 1839) ialah seorang penggubah dan pemain gitar klasik berbangsa Sepanyol. Sementara beliau lebih dikenali bagi gubahan gitarnya, beliau juga menggubah muzik bagi beberapa genre yang luas, termasuk opera, orkestra, kuartet alat tali, piano, suara, dan balet. Skor baletnya, Cendrillon ("Cinderella") dipersembahkan lebih seratus kali. Gubahan gitar Sor dimainkan di Paris, Berlin dan Warsaw. Sebelum awal abad ke-19, gitar tidak berapa terkenal di England. Sor berjaya mempopularkan alat tersebut di situ.[1] Rakan-rakan sezaman dengannya menganggap Sor sebagai pemian gitar terbaik di dunia,[2] dan gubahannya bagi gitar dimain dan dicetak secara meluas selepas kematiannya.[1]

Fernando Sor

Dengan pencetakan karyanya di beberapa negara, ejaan nama Sor juga diterjemahkan dan membawa kepada beberapa ejaan berbeza. Perbezaan ini termasuklah Joseph Fernando Macari Sors, Fernando Sor, Ferran Sor, Ferdinand Sor, dan Ferdinando Sor.[2][3][4][5][6][7][8]

Karya sunting

 
Kulit asal karya Sor Variations on a Theme of Mozart, Op. 9, diterbitkan di Paris pada tahun 1821.

Lihat juga: Senarai gubahan Fernando Sor

Satu daripada gubahan popular Sor ialah Introduction and Variations on a Theme by Mozart, Op. 9. Ia berlandaskan melodi "Das klinget so herrlich, das klinget so schön!".[9] daripada The Magic Flute, yang digubah Mozart pada tahun 1791.[10]

Methode pour la Guitare sunting

 
Kulit asal Méthode pour la Guitare Sor, diterbitkan di Paris pada tahun 1830.

Karya Sor Methode pour la Guitare (Kaedah bagi Gitar) mula-mula diterbitkan di Paris pada tahun 1830 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1832.


Bahan latihan sunting

Sor banyak menghasilkan karya, dan pada masa hayatnya merupakan seorang penggubah yang popular. Terdapat permintaan orang ramai bagi bahan yang dapat dimainkan oleh pemain gitar yang baharu belajar atau kurang cekap. Bahan latihan yang beliau hasilkan bagi tujuan ini bukan sahaja bernilai kepada pelajar gitar, malah ia terkenal juga kerana nilai muziknya. Kebanyakan karya ini diatur dalam beberapa opus termasuk: Opus 60 (25 kajian), Opus 44 (24 kajian), Opus 35 (24 latihan), Opus 31 (24 kajian), Opus 6 (12 kajian) dan Opus 29 (12 kajian).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Tracie Ratiner, penyunting (2005). Encyclopedia of World Biography. 25 (ed. 2nd). Detroit: Gale. m/s. 394–396.
  2. ^ a b "Josep Ferran Sorts i Muntades". Enciclopèdia Catalana.
  3. ^ Carme Morell i Montadi (1995). El teatre de Serafí Pitarra. L'Abadia de Montserrat.
  4. ^ Fernando Sor: composer and guitarist by Brian Jeffery
  5. ^ Baltasar Saldoni (1856). Reseña histórica de la escolanía ó colegio de música de la Vírgen de Montserrát. Imprenta de Repullés.
  6. ^ F. J. Fétis (1810). Revue musicale.
  7. ^ Recensionen: Guitarre-Schule von Ferdinand Sor. Breitkopf und Härtel. 1810.
  8. ^ "Cover of Sor's Op. 9 Mozart-Variations".
  9. ^ Neue Mozart-Ausgabe. "Mozart: Die Zauberflöte (Partita – see p. 157; bar 301 – Monostatos und Sklaven...)".
  10. ^ Arthur J. Ness. "Fernando Sor's Mozart Variations, Op. 9".

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting

Kertas muzik sunting

Biografi dan rencana sunting

Penerbitan sunting

Gambar sunting