Buka menu utama

Ferrari 599 GTB Fiorano (kod dalaman F139) ialah model kemegahan Ferrari yang menggantikan 575 M Maranello. Pengenalan 599 GTB juga menandakan bermulanya era baru rekaan Ferrari iaitu bermulanya aplikasi material aloi aluminium sepenuhnya. Model ini mempunyai ruang yang lebih luas berbanding Maranello.

Ferrari 599 GTB Fiorano
Ferrari 599.JPG
Maklumat
PengilangFerrari
Syarikat indukFiat
Pengeluaran2006–
PendahuluFerrari 575M Maranello
KelasGran Turismo
Stail badanBerlinetta 2-kerusi
Reka letakReka letak FR
Enjin6.0 L Tipo F133F V12
Penghantaran6-kelajuan manual
6-kelajuan berjujukan 'F1'
Jarak roda2750 mm (108.3 in)
Panjang4665 mm (183.7 in)
Lebar1962 mm (77.2 in)
Tinggi1336 mm (52.6 in)
Berat Curb1690 kg (3722 lb)
BerkaitFerrari 612 Scaglietti
PerekabentukFrank Stephenson di Pininfarina[1]

Ciri-ciriSunting

Susunan enjin yang mempunyai aplikasi yang sama dengan 550/750 Maranello dengan mengabungkan enjin kejuruteraan Model Enzo yang mencapai 612 kuasa kuda dan 8400 rpm untuk memantapkan kuasa enjinnya. Sistem transmisi flappy paddle telah dipertingkatkan kepada 'F1 Superfast' iaitu penukaran gear dalam masa 100 milisaat. Sistem mototronik dipanggil Manettino yang lebih bijak dengan melaraskan kuasa brek dan enjin yang lebih jitu.Penukaran butang Manettino kepada 'Race' atau 'sport' (F-1 Trac) akan memberikan cengkaman yang optimum antara tayar dan belakang. Penggunaan bahan aloi menjadikan 599 GTB lebih ringan sebanyak 100 kilogram jika dibandingkan dengan 575, meskipun mempunyai tambahan panjang sebanyak 250 milimeter.

Begitu juga dengan berat enjin V12 yang diringankan sebanyak 8% serta lebih padat. Tempat duduk seakan 612 Scagelietti. Garisan bumbung bentuk baru dengan rekaan dua penjuru belakang yang menyumbang 25 peratus kuasa tekanan. "Keseksian" ini turut menghasilkan berat 160 kilogram pada 300 ksj. Cirian menarik juga terletak pada damper yang mengimbangi kedudukan kereta yang boleh laras sepenuhnya. Ini bermakna 599 berjaya mengurangkan kesan bumping sehingga 30 peratus berbanding model terdahulu.

RujukanSunting

  1. ^ "2006 Ferrari 599 GTB Fiorano". Supercars.net. Dicapai 2007-11-20.