Ferruccio Lamborghini

Ferruccio Lamborghini (sebutan bahasa Itali: [ferˈruttʃo lamborˈɡiːni]; 28 April 1916 – 20 Februaro 1993) merupakan seorang mekanik dan usahawan Itali. Beliau mengasaskan syarikat kereta sukan Automobili Lamborghini di Sant'Agata Bolognese pada tahun 1963.

Ferruccio Lamborghini

Kelahiran(1916-04-28)28 April 1916
Meninggal dunia20 Februari 1993(1993-02-20) (umur 76)
Pusat pendidikanIstituto Fratelli Taddia
PekerjaanMekanik; Pembuat wain; industrialis; usahawan
Pangkat[1]
Pasanganpertama: Clelia Monti (d. 1947), ibu Tonino
ke-2: Anna Borgatti Templat:Smallberceraidivorced)
3rd wife: Maria Theresa Cane, ibu Patrizia
Anak-anak2
Autograf Ferruccio Lamborghini

Awal hidup sunting

Ferruccio Lamborghini lahir pada 28 April 1916 di rumah no. 22 Renazzo di Cento kepada Antonio dan Evelina Lamborghini, dua orang peladang anggur.[2][3] Beliau dibaptiskan tangkat harinya pada 2 Mei.[4]

Beliau lebih tertarik kepada jentera pertanian berbanding kerja pertanian itu sendiri yang memutik minat dalam bidangnya. Beliau mempelajari ilmu permekanikan di institut teknikal Fratelli Taddia. Beliau dikerahkan dalam Tentera Udara Diraja Itali tahun 1940[5][6] di mana beliau ditempatkan di Rodos (pada ketika itu milik Kerajaan Itali berikutan peperangan dengan Turki) menguruskan penyelenggaraan kenderaan dalam garisun.[7]

Kerjaya mekanik sunting

Beliau membuka sebuah garaj di Pieve di Cento di mana beliau mengembangkan rekaan kenderaan sendiri buat kali pertamanya mengubahsuai sebuah kereta Fiat Topolino sebelum beralih kepada penghasilan traktor-traktor.[8]

Pengusahaan traktor sunting

Pada tahun 1947, saat Itali mengalami pembaharuan industri dan pertanian, beliau mengembangkan rekaan traktor dipasangkan pengatom yang memudahkan ia dijana petrol berbanding diesel yang lebih berkos mahal pada ketika itu. Siri Lamborghini Trattori dikembangkan dari perusahaan ini yang banyak membawa keuntungan niaganya.

Kekayaan yang dibawa dari perniagaan ini membolehkan beliau membeli dan mengumpul kereta sukan yang diidamkan beliau sejak kecil.

Penceburan perkeretaan sunting

Beliau ada menguji beberapa model jenama Ferrari dibeli selama beberapa tahun termasuk Ferrari 250 GT, 250 GT SWB Berlinetta dan 250 GT 2+2;[8] tetapi kesemua kereta ini dirasakannya terlalu bingit menganggu keselesaan memandu di jalan raya dengan binaan yang serba kurang.[9][8]

Feruccio cuba sehingga berjaya mengubahsuai model salah satu Ferrari 250 GT dibelinya untuk berdaya lebih kuat, dari sinilah beliau terdorong menceburi bidang pembuatan kereta dengan impian menghasilkan kereta lumba berciri seinginnya.[9][10] Malah, beliau mencetuskan idea menerapkan teknologi traktor kuasa tingginya dalam badan kereta lumba untuk mendapatkan prestasi sama tahap.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Lyons et al. 1988, m/s. 12.
  2. ^ Lyons et al. 1988, m/s. 11.
  3. ^ Jolliffe & Willard 2004, m/s. 15.
  4. ^ "Certificato di battesimo" [Certificate of Baptism]. renazzo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-10. Dicapai pada 2012-08-10.
  5. ^ Sackey 2008, m/s. 14.
  6. ^ Wood, Jonathan (1993-02-23). "Obituary: Ferruccio Lamborghini". The Independent. London, England: independent.co.uk. ISSN 0951-9467. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-05. Dicapai pada 2012-08-04.CS1 maint: ref duplicates default (link)
  7. ^ "Automobili Lamborghini Holding S.p.A. Company History". Dicapai pada 2009-08-13.
  8. ^ a b c "Interview with Ferruccio Lamborghini". Thoroughbred & Classic Cars 12. January 1991.
  9. ^ a b Jolliffe & Willard 2004, m/s. 18.
  10. ^ Interview with Ferruccio Lamborghini (Television). Italy: RAI.
  11. ^ Michael L. Rose (2003). Great Cars (Documentary). United States: Michael Rose Productions.
Sumber utama
  • Lyons, Pete; The Auto Editors of Consumer Guide (1988). The Complete Book of Lamborghini (ed. kulit keras). Woodstock, New York: Beekman House. ISBN 9780854297351.
  • Sackey, Joe (2008). The Lamborghini Miura Bible (ed. kulit keras). Dorchester, England: Veloce Publishing. ISBN 978-1845841966. Dicapai pada 5 August 2012.