Buka menu utama

Fes atau Fez (Bahasa Arab: فاسDialek Maghribi: [fɛs]) ialah bandar kedua terbesar di Maghribi dengan penduduk lebih kurang sejuta orang (2010). Fes ialah ibu kota wilayah Fes-Boulemane.

Fes

Fas / ⴼⴰⵙ / فاس

Fez
Pemandangan medina lama Fes
Pemandangan medina lama Fes
Koordinat: Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Modul:ISO 3166/data/MA' not found.
Negara Morocco
WilayahFès-Boulemane
Diasaskan789
DiasaskanDinasti Idrisah
Kerajaan
 • Datuk BandarHamid Chabat
 • GabenorMohamed Rerrhabi
Ketinggian
1,900 ft (579 m)
Penduduk
(2004)[1]
 • Jumlah1,044,376
Bab Bou Jeloud, "Gerbang Biru" Fes.
Samakan kulit di Fes
Fes, Kota Lama

Fas el Bali ialah sebuah tapak warisan UNESCO. Kawasan Medina Fes, satu daripada kawasan bandarnya, dipercayai kawasan bandar bebas kereta yang terbesar di dunia. Al-Qarawiyyin, yang ditubuhkan pada tahun 859 M, ialah madrasah atau universiti yang tertua di dunia. Fes juga digelar "Makkah Barat" dan "Athens Afrika"".[2]

Isi kandungan

Pengasasan bandar dan IdrisahSunting

Lihat juga:Fes el Bali

Bandar Fes diasaskan pada tebing sungai Jawhar oleh Idris I, pengasas dinasti Syiah Idrisah dalam tahun 789 M. Anaknya Idris II (808),[3] membina penempatan pada tebing bersebelahan dan kedua-dua penempatan ini kemudiannya berkembang menjadi dua penempatan yang bersendirian dan bertembok, dan diperintah secara autonomi: Madinat Fas dan Al-Aliya. Penempatan-penempatan ini juga sering saling berkonflik. Pada tahun 808 M, Al-Aliya menggantikan Walili sebagai ibu kota Idrisah.

Pemindahan Arab ke Fes, yang termasuk 800 orang Berber Andalus yang tersingkir dari Al-Andalus kerana memberontak menentang kerajaan Cordoba Umayyah pada tahun 817—818, dan 2,000 keluarga yang disingkir dari Kairouan (Tunisia moden) selepas satu pemberontakan pada tahun 824 M,[4] menjadikan Fes satu bandar yang memiliki ciri-ciri Arab yang lebih berbanding bandar-bandar lain di wilayah itu. Orang Al-Andalus menetap di Madinat Fes, sementara orang Tunisia menetap di al-Aliya. Kedua-dua gelombang imigrasi ini kemudiannya memberi gelaran kepadakedua-dua penempatan ini: Adwat Al-Andalus dan Adwat al-Qarawiyyin.[5] Satu komponen penting penduduk Fes berketurunan Berber. Berber dari desa mula menetap di kawasan bandar pada zaman awal Fes dan kebanyakannya menetap di Madinat Fas (kawasan Al-Andalus) dan kemudiannya di Fes Jdid.[6]

IklimSunting

Fes beriklim Mediterranean. Terletak berdekatan Gunung Atlas, Fes memiliki iklim bermusim, sejuk dan kadang kala hujan pada musim sejuk dan kering dan panas pada musim panas (Jun ke September). Suhu tinggi pada musim sejuk hanya mencapai 16°C pada bulan Disember–Januari.

NotaSunting

  1. ^ Morocco 2004 Census
  2. ^ History of Fes
  3. ^ Encyclopædia Britannica. 2007. Britannica Concise Encyclopedia. 3 Mar. 2007
  4. ^ The Places Where Men Pray Together p. 55
  5. ^ A History of the Maghrib in the Islamic Period By Jamil Mir'i Abun-Nasr. p. 51.
  6. ^ Realm of Saints p. 9

Pautan luarSunting