Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur

Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) ialah sebuah festival filem di Kuala Lumpur, Malaysia, pertama kali diadakan pada bulan November-Disember 2007. Ia mempunyai program pertandingan, di mana Anugerah Perdana diberikan dalam 5 kategori kawasan: Filem Asia Terbaik, Filem Afrika Terbaik, Filem Eropah Terbaik, Filem Amerika Utara Terbaik, dan Filem Amerika Selatan Terbaik, termasuk juga Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik dan Animasi Terbaik.

Sejarah sunting

Festival Filem Dunia Kuala Lumpur sunting

Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur mendapat permulaan pada bulan Februari 2003 apabila sekali-jalan, tiga hari Festival Filem Dunia Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh FINAS.

Tiga tahun kemudian, sebuah konsortium syarikat-syarikat hiburan mengadakan sebuah festival filem tahunan, Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF),yang dianjurkan oleh FINAS.

Festival 2007 sunting

Dengan tema, "Meraikan Kepelbagaian Budaya", Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur menayangkan 50 filem dari 18 negara. Perbelanjaan festival filem ini ialah 4 juta Ringgit Malaysia.[1][2][3]

Antara peserta pertandingan ialah filem Malaysia, 1957: Hati Malaya. Penayangan perdana filem yang tidak bertanding ialah Long Road to Heaven, sebuah filem Indonesia mengenai begeboman di Bali.[4]

Festival ini diadakan dari 28 November ke 2 Disember 2007 dengan penayangan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara dan majlis Anugerah Perdana diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Festival 2008 sunting

Masih lagi mengekalkan tema "Meraikan Kepelbagaian Budaya", KLIFF ke-2 diadakan dari 26 November hingga 29 November 2008. Festival kali ini mendapat 191 penyertaan dari Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan.[5]

Tayangan perdana telah diadakan untuk filem Amal dari Kanada dan Kinta dari Malaysia. Tayangan telah diadakan di Golden Screen Cinemas, Pavilion, Kuala Lumpur.[6][7]

Anugerah sunting

2007 sunting

Para juri pertandingan itu ialah U-Wei Haji Shaari dari Malaysia, Andrew Vial dari Australia, Jeff Bollow dari New Zealand, Sozo Teruoka dari Jepun dan Tikoy Aguiluz dari Filipina. Anugerahnya adalah seperti berikut:[8]

Rujukan sunting

  1. ^ 22 pics to compete in Kuala Lumpur[pautan mati kekal], Hollywood Reporter; retrieved 2007-11-30
  2. ^ Kuala Lumpur fest spotlights Malaysia[pautan mati kekal], Hollywood Reporter; retrieved 2007-11-30
  3. ^ Inaugural Kuala Lumpur film festival to screen 22 entries Diarkibkan 2007-11-25 di Wayback Machine, The Star (Malaysia); retrieved 2007-11-30
  4. ^ Making its debut this year, the Kuala Lumpur International Film Festival aims to put Malaysia on the international film industry map, New Straits Times; retrieved 2007-11-30
  5. ^ "KLIFF 2008 sasar penggiat tempatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2008-11-29.
  6. ^ "Tayangan Perdana Antarabangsa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2008-11-29.
  7. ^ "Tayangan Perdana Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2008-11-29.
  8. ^ KL fest wrapped on Sunday, Variety; retrieved 2007-12-03

Pautan luar sunting