Festival Filem Malaysia ke-31

Festival Filem Malaysia ke-31 (31st Malaysian Film Festival) atau FFM31 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2019. Sebanyak 67 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan.[1] Susulan pandemik COVID-19, acara ini telah ditunda dan berkemungkinan tarikh baharu FFM31 diputuskan antara Julai hingga Ogos depan.[2] Ia dijadualkan akan berlangsung pada 18 April 2020, namun berikutan pandemik COVID-19 di Malaysia, ia ditunda ke 2021.

Festival Filem Malaysia
ke-31
Tarikh10 Disember 2021
TempatDewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
PengacaraAwal Ashaari
Sharifah Shahirah
Tempoh Tayangan3 jam
Sorotan
Filem TerbaikRoh
Pengarah TerbaikKabir Bhatia (Sangkar)
Pelakon Lelaki TerbaikZul Ariffin (Sangkar)
Pelakon Wanita TerbaikAngelica Lee (The Garden of Evening Mists)
Gambaran keseluruhan
Pencalonan terbanyakRoh (11)
Pemenang terbanyakRoh (6)

Gambaran keseluruhan sunting

Pengumuman rasmi FFM31 diadakan pada Januari 2020.[3] "Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan" dipilih sebagai tema untuk FFM31, karya yang bakal dipertandingkan termasuk 35 filem dalam bahasa Melayu; Mandarin dan Kantonis (15), Tamil (12), animasi (empat) serta sebuah filem yang mewakili kategori lain.[1][4]

Malam kemuncak FFM31 akan disiarkan secara langsung melalui Astro pada jam 9 malam. Majlis perasmian festival itu akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 April 2020. Empat kategori anugerah iaitu Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Cereka Animasi Terbaik dan Filem Digital terbaik diperkenalkan semula. Buat kali pertama, kategori Tatarias Terbaik dipertandingkan pada penganjuran kali ini.[1]

Penangguhan Acara FFM31 dan Bantahan Pelakon sunting

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia akibat pandemik COVID-19 di Malaysia, FFM 31 telah ditunda penganjurannya sehingga 2021.[5][6] Ekoran penangguhan acara FFM31 ke bulan Oktober 2021 dimana pada ketika itu dunia sedang menghadapi impak ekonomi dan ancaman kesihatan akibat COVID-19, beberapa pelakon terkenal tampil membuat bantahan terhadap penganjuran acara ini dan menggesa FINAS membatalkan terus [7]. Bekas pemenang FFM, Afdlin Shauki dan Umie Aida, contohnya, berharap FINAS lebih menumpu kepada menyalurkan bantuan kepada artis-artis dan pekerja filem yang menghadapi masalah kehilangan pendapatan akibat pandemik. [8]. Acara ini akhirnya ditunda ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak [9]

Pada 22 Oktober 2021, FINAS mengumumkan acara FFM31 ditetapkan bakal berlangsung pada 10 Disember 2020 setelah 18 bulan tertangguh dari tarikh asal [10]. Penganjur bagaimanapun bertindak merahsiakan senarai calon Top 5 sehingga malam kemuncak, yang mana tiada perubahan daripada senarai filem yang dijuri ketika penjurian dibuat sebelum penangguhan sebelum ini [11]. Ini bermakna, biarpun dianjurkan pada hujung tahun 2021, 55 filem yang bertanding dalam FFM kali ini adalah bukan dari tahun semasa , sebaliknya dari tahun 2019 hingga suku pertama 2020 [12].

Penganjuran sunting

Acara FFM dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau FINAS. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu iaitu Prof Dr. Mohd Nasir Ibrahim mengambil alih tugas sebagai Pengerusi FFM daripada penyandang jawatan terdahulu Encik Ahmad Idham yang sempat menyelesaikan sebahagian besar persiapan penganjuran edisi kali ini ketika masih dalam jawatan. Beliau dibantu oleh pengarah projek FFM31, Puan Rozita Wati Ridzwan

Penyiar rasmi adalah Radio Televisyen Malaysia, bersiaran di saluran RTM2 dengan kerjasama rakan strategik BERNAMA, ASWARA dan Jabatan Penerangan Malaysia. FINAS juga mendapat tajaan berupa saguhati wang tunai untuk diberikan kepada penerima piala bagi setiap kategori.

Pasukan Penerbitan sunting

  • Penerbit : Puan Rashidah Ali
  • Penerbit Bersama : Encik Alfarizal Hassan
  • Penerbit Eksekutif: Encik Ahmad Syazli Mohd Khair
  • Penerbit Penyelaras : Encik Jamaluddin Bakar
  • Suara Latar : Encik Khairul Anuar Azmi

Pengacara, Penyampai Anugerah dan Persembahan sunting

Pengemudi acara:- Acara permaidani merah dikendalikan oleh Nazruddin Habibur Rahman dan Natasha Shamin; manakala acara kemuncak dikemudikan oleh Sharifah Shahirah dan Awal Ashaari.

Barisan penghibur:-

Barisan penyampai anugerah:-

Pemenang dan Calon Akhir sunting

Anugerah Perdana sunting

Sebanyak 9 buah piala dipertandingkan, tidak termasuk 6 anugerah khas. Penerima piala juga menerima hadiah berupa wang tunai ataupun galakan insentif, seperti dinyatakan pada setiap kategori.

Anugerah Cipta sunting

Sebanyak 13 piala dipertandingkan [13]. Penerima piala juga menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 daripada FINAS dan juga barisan penaja. Beberapa kategori telah diumumkan ketika acara permaidani merah dan disiarkan secara langsung di laman Youtube FINAS [14].

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (16 Januari 2020). "67 filem rebut 32 kategori FFM31". Berita Harian. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (17 Mac 2020). "COVID-19 : Festival Filem Malaysia Ke-31 ditunda". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2020.
  3. ^ Farhan Ikram (16 Januari 2020). "Festival Filem Malaysia kembali, 67 filem bakal berentap rebut 32 kategori". mStar Online. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  4. ^ Asraf Adied (16 Januari 2020). "67 Filem Bersaing Di Festival Filem Malaysia Ke-31". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (21 Jun 2020). "FFM31 tahun depan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Jun 2020). "FFM31 masih ditangguh". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  7. ^ https://www.malaysiakini.com/hiburan/582120
  8. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/727954/tangguh-ffm31-duit-dana-guna-bantu-penggiat-seni-terkesan-afdlin
  9. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/07/07/ffm31-diboikot-finas-bukan-badan-kebajikan/
  10. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/10/878919/ffm31-bakal-berlangsung-10-disember-depan
  11. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/12/786649/strategi-finas-rahsiakan-calon-top-5-ffm31
  12. ^ https://gempak.com/berita-terkini/55-filem-berentap-di-ffm31-rm500000-untuk-pemenang-filem-terbaik-68567
  13. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/12/10/roh-filem-terbaik-ffm31-sangkar-julang-nama-remy-ishak-dan-zul-ariffin
  14. ^ https://www.youtube.com/watch?v=ZfSpDqi3Jkc&t=142s