Festival filem adalah penyampaian atau pameran filem tertentu dalam satu atau lebih panggung wayang atau tempat penayangan tertentu. Filem-filem yang dipilih untuk penayangan ini bergantung kepada tujuan festival filem tertentu ini diadakan. Sesebuah perayaan filem mungkin juga merangkumi filem-filem tayangan antarabangsa atau filem-filem yang diterbitkan di luar negara yang mengadakan sesebuah festival. Sesetengah festival filem mempunyai fokus kepada genre filem tertentu. Kebiasaannya, festival filem diadakan secara tahunan.

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.