Nur Zafiena Anissa Zaini (lahir 3 Ogos 2000)[a] merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang cacat penglihatan.[1] Beliau mula mendapat perhatian umum menerusi single sulungnya, "Tuhan Jaga Dia Untukku".[2]

Fiena
Nama lahirNur Zafiena Anissa binti Zaini
Kelahiran (2000-08-03) 3 Ogos 2000 (umur 23)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2017–kini
Syarikat rakaman
Nova Muzik

Kehidupan awal sunting

Fiena dilahirkan pada 3 Ogos 2000 di Alor Setar, Kedah. Beliau dilahirkan pramatang ketika berusia 7 bulan dari perut ibunya, Rahayu Hassan dalam keadaan normal. Semasa ditempatkan dalam inkubator kerana tidak cukup bulan, pancaran cahaya lampu yang tidak dapat dikawal akibat kecuaian hospital telah memusnahkan saraf penglihatannya.[3]

Ibu Fiena dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa Fiena tidak dapat melihat dan menjadi buta, tiga hari selepas dilahirkan. Ketika Fiena berusia 7 tahun, bapanya yang merupakan seorang peniaga burger, meninggalkannya di bawah jagaan ibunya dan adiknya, Nur Zaeila Aisha yang ketika itu berusia lima tahun. Selepas ibu bapanya bercerai, ibunya menyara Fiena dan adiknya tanpa nafkah daripada bapanya.[3]

Keluarganya berhijrah dari Alor Setar, Kedah ke Ipoh, Perak yang mana ibunya bekerja di sebuah kilang untuk menyara Fiena dan adiknya. Ibunya, Rahayu kemudian berkahwin seorang majikannya yang berbangsa Cina.[3] Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menerima tawaran belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).[4]

Kerjaya sunting

Fiena mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik ketika berusia dua tahun. Beliau diberikan peralatan muzik yang membolehkan beliau berinteraksi, kemudian mendapat pendidikan khusus di sebuah sekolah pendidikan khas sehingga berjaya mengasah bakatnya sebagai penyanyi dan penulis lagu.[3]

Fiena seterusnya mencuba nasib sebagai protege Akim Ahmad dalam rancangan Mentor Milenia 2017. Beliau mengikat kontrak bersama Nova Muzik dan muncul bersama single pertama, "Tuhan Jaga Dia Untukku" (jangan dikelirukan dengan lagu Siti Nurhaliza yang bertajuk sama).[2] Lagu ini berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 4 juta tontonan di YouTube.

Pada Mac 2021, Fiena melancarkan single ketiga, "Folio Cinta" yang merupakan kesinambungan kepada single pertama, "Tuhan Jaga Dia Untukku". Lagu ini telah dirakamkan pada 2019 dan mengambil masa sehari untuk disiapkan.[5] Ia juga dihasilkan ketika menyiapkan tugasan dalam aplikasi orang buta, TeamTalk.[6]

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun
"Tuhan Jaga Dia Untukku" 2017
"Apa Salahku" 2018
"Folio Cinta" 2021

Catatan sunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Sarah Suhairi.

Rujukan sunting

  1. ^ Syarriduzan Abdul Rashid (17 Mac 2017). "Gadis OKU kongsi kesedihan menerusi muzik". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  2. ^ a b Mohamad Fairoz Azizan (10 Julai 2018). "Dulu geram, sekarang tak peduli lagi". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2019.
  3. ^ a b c d Niezam Abdullah (18 Mei 2017). "Ibu kongsi derita selepas melahirkan Fiena Mentor". mStar Online. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  4. ^ Syarridzuan Abdul Rashid (20 Mei 2017). "Fiena diterima belajar muzik di UPSI". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2020.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (14 Mac 2021). "Fiena tutup kekurangan dengan karya". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mac 2021.
  6. ^ Fiza Kamarudin (14 Mac 2021). "Fiena hasilkan Folio Cinta ketika siapkan tugasan dalam aplikasi orang buta". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Mac 2021.

Pautan luar sunting