Fieya Julia
Nur Syafiyah binti Sejali[1] atau lebih dikenali sebagai Fieya Julia (lahir 11 Oktober 1999) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[2][3] Beliau terkenal dengan single pertamanya, "Perasaanku" yang menjadi lagu tema drama Semua Salahku di TV3. Pada tahun 2019, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim kedua.
Fieya Julia | |
---|---|
Nama lahir | Nur Syafiyah binti Sejali |
Kelahiran | Kuching, Sarawak, Malaysia | 11 Oktober 1999
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2018–kini |
Syarikat rakaman | Aries Music |
Pengkarya berkait |
Kehidupan awalSunting
Fieya dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.[1] Ibunya meninggal dunia pada 2004 akibat barah manakala bapanya merupakan seorang pesara tentera.[4]
KerjayaSunting
Fieya mula menyanyi pada usia 11 tahun dan pernah menyertai Bintang Kecil RTM Peringkat Negeri Sarawak pada 2010.[1] Bakat Fieya mula digilap dengan memuat naik video nyanyian semula artis popular di YouTube sejak 2012. Video nyanyian semula beliau mendapat tontonan lebih 300,000 di YouTube.[1] Pada pertengahan Mei 2018, Fieya dilamar untuk bernaung di bawah pengurusan Aries Music.[1]
Big Stage (musim 2)Sunting
Pada tahun 2019, Fieya Julia telah terpilih sebagai peserta Big Stage 2 yang menampilkan peserta yang hebat dari dalam negara mahupun di luar negara termasuk Irfan Haris, Syada Amzah, Kucaimars, Aziz Harun, Han Byul, Chaleeda dan ramai lagi.[5][6] Fieya bersama-sama dengan Kucaimars gagal mara ke pentas akhir dan tersingkir di konsert minggu ketujuh,[7][8][9] berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu sendiri/cover | "Perasaanku" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Jahat" | Stacy | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Glocal Hits | "Pudar" | Indah Ruhaila | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Duominasi | "Haram" (bersama Sufian Suhaimi) | Hael Husaini & Dayang Nurfaizah | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Cannot Brain | "Sang Saka Biru" | Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Lagu Pilihan Dato' Sri Siti Nurhaliza | "Kamu Dan Kenangan" | Maudy Ayunda | TERSELAMAT |
Minggu 7 | Road To Final | "Chandelier" | Sia | TERSINGKIR |
DiskografiSunting
SingleSunting
- Penampilan solo
Tahun | Single | Album | Nota |
---|---|---|---|
2018 | "Perasaanku" | Single | Lagu tema drama Semua Salahku. |
2019 | "Seperti Ini" | ||
"Jangan Gila" | |||
2020 | "Penantian" |
- Penampilan bersama penyanyi lain
Tahun | Single | Bersama | Album |
---|---|---|---|
2019 | "Assalamualaika Ya Rasulullah 2019" | Luqman Faiz | Single |
2020 | "Suasana Hari Lebaran" | Sufian Suhaimi, Luqman Faiz, Aiman Tino, Fara Hezel dan Yazid Izaham[10] |
RujukanSunting
- ^ a b c d e Ramlah Zainal (10 September 2018). "Ubah nasib keluarga". Harian Metro. Dicapai pada 31 Ogos 2019.
- ^ Zaidi Moahamad (24 Jun 2020). Fieya Julia lambat panas Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
- ^ Singer Fieya Julia steers clear of gossip The Star Online. 7 Ogos 2020. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (2 Oktober 2019). 'Kalau boleh nak berlakon pula' – Fieya Harian Metro. Dicapai pada 3 Mei 2020.
- ^ Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan. mstar. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
- ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019.
- ^ Zulaikha Yusof (30 September 2019). Big Stage 2019: Fieya & Kucaimars gagal ke final... Ini kedudukan peserta dan markah keseluruhan konsert separuh akhir! Astro Gempak. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- ^ Aqmar Mustaza (29 September 2019). Impian Feiya Julia, Kucaimars ke final lebur Sinar Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- ^ Budiey (29 September 2019). Fieya Julia, Kucaimars tersingkir di Semi Final Big Stage 2019 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Mei 2020). "Paduan suara enam penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 2020.