Fiji di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Fiji telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Fiji juga telah menyertai semua edisi Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1956, kecuali pada 1964 dan 1980.

Fiji di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCFIJ
NOCPersatuan Sukan dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Fiji
Laman sesawangwww.fasanoc.org.fj (dalam bahasa Inggeris)
di Tokyo, Jepun
Peserta32 dalam 6 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Taichi Vakasama
Rusila Nagasau
Pembawa bendera (penutupan)Rusila Nagasau
Pingat
Kedudukan ke-59
Emas
1
Perak
0
Gangsa
1
Jumlah
2
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Fiji telah mencapai kejayaan yang lebih besar pada edisi ini setelah berjaya meraih dua pingat dalam sukan ragbi berbanding satu pingat pada 2016.

Pemenang pingat sunting

Fiji berjaya meraih dua pingat iaitu pingat emas dan pingat gangsa;[2]

Pingat Nama Sukan Acara Tarikh
  Emas Pasukan ragbi kebangsaan Fiji Ragbi bertujuh Perlawanan lelaki 28 Julai
  Gangsa Pasukan ragbi wanita kebangsaan Fiji Ragbi bertujuh Perlawanan wanita 31 Julai

Peserta sunting

Seramai 32 orang atlet mewakili Fiji dalam enam sukan;[3]

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Judo 1 0 1
Lumba layar 0 1 1
Olahraga 1 0 1
Pingpong 0 1 1
Ragbi bertujuh 13 13 26
Renang 1 1 2
Jumlah 16 16 32

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Team Fiji - Medals by Sport". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2021. Dicapai pada 4 September 2022.
  3. ^ "NOC Entries - Team Fiji". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2021. Dicapai pada 4 September 2022.