Ali Baba Bujang Lapok

Filem tahun 1961 arahan P. Ramlee
(Dilencongkan dari Filem Ali Baba Bujang Lapok)

Ali Baba Bujang Lapok (Tulisan Jawi: علي بابا بوجڠ لاڤوق) merupakan sebuah filem komedi musikal Melayu yang diterbitkan di Singapura. Filem Ali Baba Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Ali Baba Bujang Lapok
Poster Filem Ali Baba Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
Dibintangi
Sinematografi
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 31 Januari 1961 (1961-01-31)
Masa tayangan
122 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem Ali Baba Bujang Lapok diarahkan oleh pengarah P. Ramlee pada 31 Januari 1961.

Trivia sunting

Filem ini berasaskan dari kisah Ali Baba dan 40 Penyamun dari Hikayat 1001 Malam tetapi ditokok-tambah dengan unsur komedi. Seperti filem Bujang Lapok yang lain, filem ini dibintangi P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Filem ini merupakan penampilan sulung Sarimah, serta dikenali sebagai filem terakhir di mana P. Ramlee memegang watak jahat / antagonis.[perlu rujukan] juga watak antagonist komedi.

watak antagonist sebelumnya adalah di filem Sumpah Orang Minyak, dan Anak-ku Sazali.

Sinopsis sunting

Mengisahkan Ali Baba (Aziz Sattar), seorang lelaki dan juga suami yang miskin dan papa kedana. Dia sering meminta Norsiah (K. Fatimah), isterinya ke rumah Kassim Baba, abangnya, untuk meminjam gandum supaya mereka dapat makan, tetapi Kassim Baba (S. Shamsuddin) seorang yang sangat kedekut kecewa dengan sikap pemalas adiknya itu dan seringkali memberitahu isterinya bahawa Ali Baba ialah seorang yang pemalas. Suatu hari, semasa Ali Baba sedang keluar mencari kayu api, dia terlihat sekumpulan 40 penyamun berkawad melalui hutan sambil membawa hasil rompakan. Dia bersembunyi di sebatang pokok dan melihat ketua penyamun (P. Ramlee) berdiri di hadapan sebuah gunung batu sambil menyanyikan mentera di dalam Bahasa Jawa untuk membuka mulut gua batu tersebut. Ali Baba menunggu sehingga kesemua penyamun meninggalkan gua sebelum dia turun dari atas pokok dan menggunakan mentera itu untuk membuka mulut gua tersebut. Dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas, tetapi dia hanya mengambil satu peti berisi syiling emas sahaja.

Dengan wang emas tersebut Ali Baba mampu membayar balik kesemua hutangnya pada abangnya serta hidup dalam keadaan mewah. Kassim Baba berasa ingin tahu mengenai kekayaan yang diperoleh adiknya lalu memujuk Ali Baba untuk memberitahunya bagaimana dia boleh jadi cepat kaya. Ali Baba terus memberitahu mengenai gua tersebut serta mentera untuk membuka gua itu, tetapi belum sempat dia memberitahu mentera penutup ataupun mengenai penyamun yang menggunakannya, Kassim Baba terus meluru untuk mencari gua tersebut.

Kassim Baba, dengan penuh rasa tamak haloba, cuba mencuri kesemua harta yang ada di dalam gua penyamun tersebut. Dia tertangkap semasa para penyamun pulang semula ke gua sementara dia masih ada didalamnya. Setelah beberapa cubaan untuk melengahkan mereka, ketua kumpulan penyamun tersebut akhirnya membunuhnya. Memandangkan Kassim Baba masih belum pulang, Ali Baba pergi semula ke gua itu dan menemui mayat abangnya itu. Dia membawa pulang mayat itu dan menghantar mayat Kassim Baba untuk dijahit dengan mengupah 5 uncang wang emas kepada tukang jahit kasut berketurunan Cina (Leng Hussain) dan kemudiannya dikebumikan.

Ketua penyamun tersebut menyedari kekayaan Ali Baba dan menjadikannya sasaran untuk rompakan seterusnya. Ketua penyamun mengarahkan Sarjan (Ibrahim Pendek), dan Momotaro-san (A. Rahim), untuk mencari rumah hartawan Ali Baba. Mereka berjumpa dengan tukang jahit kasut dan tukang mandi jenazah (S. Kadarisman) untuk mendapatkan lokasi rumah Ali Baba. Setelah usaha anak buahnya dua kali digagalkan oleh Marjina (Sarimah) seorang khadam kepada Ali Baba, maka si ketua penyamun itu sendiri pergi ke rumah Ali Baba dan menyamar sebagai saudagar minyak, sementara anak-anak buahnya bersembunyi di dalam tong minyak yang disimpan di halaman rumah. Ketika Abu Hassan dan Ali Baba asyik berhibur, kesemua anak buahnya turut berhibur di halaman rumah. Marjina, menemui rancangan untuk menewaskan para penyamun itu, di mana mereka menjerang minyak yang panas mendidih lalu dicurahkan ke dalam setiap tong minyak. Usaha tersebut dibantu oleh Aloyah (Normadiah), dan Norsiah. Setelah kesemua penyamun ditewaskan, Marjina sendiri menikam dan membunuh ketua penyamun itu. Ali Baba yang terhutang budi kepada Marjina seterusnya membebaskannya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

  • Zaiton sebagai Penghibur Gundik (kekasih Abu Hassan)

Pelakon tambahan sunting

  • Ahmad C sebagai Penyamun Kasut Buruk
  • S. Sudarmaji sebagai Penyamun
  • A. Galak sebagai Penyamun
  • Harun Omar sebagai Penyamun
  • Ramu Kechik sebagai Penyamun
  • Den Wan Chik sebagai Penyamun
  • Hashim Salleh sebagai Penyamun
  • Ibrahim Hassan sebagai Penyamun
  • Darus Shah sebagai Penyamun
  • Ahmad Ghani sebagai Penyamun
  • Abdul Kadir Mamat @ Pak Kadir sebagai Penyamun

Lagu sunting

  • Alhamdulillah Syukur Nikmat nyanyian Normadiah
  • Beginilah Nasib nyanyian Datuk Aziz Sattar
  • Hoi! Hoi! Ya Hoi! nyanyian Tan Sri P. Ramlee dan MFP Chorus
  • Apek Dan Marjina nyanyian Ahmad C dan Normadiah
  • Ya Habibi Ali Baba nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Indahnya Di Waktu Pagi nyanyian Normadiah

Pautan luar sunting