Anaknya Sazali

(Dilencongkan dari Filem Anaknya Sazali)

Anaknya Sazali ialah filem drama Malaysia 2000 arahan Jack Ad'Din terbitan Eurofine (M) Sdn. Bhd.[2] Filem ini dikatakan menjadi lanjutan kepada filem lakonan Tan Sri P. Ramlee iaitu Anakku Sazali yang diterbitkan pada tahun 1950-an.[3][4] Natasha Nasir yang memegang watak Mona merupakan anak kepada Nasir P. Ramlee. Terdapat 95 pelakon pembantu yang disenaraikan dalam kredit akhir filem ini. Rosyam Nor telah ditawarkan empat watak dalam filem ini (Sazali semasa tua, Sazali semasa muda, Hassan @ Bapa Sazali & Farid) tetapi menolak kesemuanya kerana terlibat dalam produksi drama TV. Rashid Sibir menolak tawaran mengarah filem ini setelah mendapat tahu pelakon utamanya Rosyam terpaksa menarik diri. Filem ini telah ditayangkan pada 29 Jun 2000.[5]

Anaknya Sazali
Poster keluaran tayangan
PengarahJack Ad'Din
PenulisAzlina Din
Lakon layarJack Ad'Din
Dihasilkan olehIda Rahayu Md. Noor
Azlina Din
DibintangiAhmad Idham
M. Rajoli
Azean Irdawaty
Syarikat
penerbitan
Eurofine (M) Sdn. Bhd.
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 29 Jun 2000 (2000-06-29) (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM760 ribu
Pecah panggungRM 220,000[1]

Sinopsis sunting

Kisah filem ini bermula selepas Sazali tamat menjalani hukuman penjara di atas kesalahan jenayah. Apabila berkeluarga, dia tidak mahu anaknya mengamalkan pergaulan bebas sebagaimana yang dilaluinya sehingga menjadi seorang yang tidak berguna kepada masyarakat. Untuk itu Sazali mengurung anaknya Farid agar tidak bercampur dengan budak lain dan mengupah guru untuk mengajar anaknya di dalam bilik. Tindakan itu membuatkan Farid menjadi seorang yang terlalu pemalu dan takut untuk berjumpa dengan masyarakat luar. Untuk mengatasi rasa malunya, sejenis pil menahan rasa malu telah diberikan membuatkan Farid menjadi tidak tahu malu dan melakukan apa saja tanpa perasaan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon tambahan sunting

Sambutan sunting

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM217,507.36.

Anugerah sunting

  1. Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
    1. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - M. Rajoli
    2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Hafiz Asyaraf

Rujukan sunting

  1. ^ Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia: TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2000
  2. ^ "Anaknya Sazali papar isu menarik". klik.com.my. Berita Harian. 20 Januari 2000. Dicapai pada 7 Disember 2001.
  3. ^ "Anaknya Sazali papar komedi baru". klik.com.my. Berita Harian. 30 Jun 2000. Dicapai pada 13 September 2004.
  4. ^ Akmal Abdullah (23 Jun 2000). "Anaknya Sazali sedia diuji penonton". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 15 Ogos 2001.
  5. ^ Hanisah Selamat (24 Jun 2000). "Anaknya Sazali dijangka hebat". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 15 Ogos 2001.

Pautan luar sunting