Antara Gadis
Antara Gadis merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1993. Filem Antara Gadis diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Antara Gadis | |
---|---|
Pengarah | Yuzwan Wahid |
Penulis | Yuzwan Wahid |
Dihasilkan oleh | Yuzwan Wahid |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Omar Man |
Disunting oleh | Yuzwan WahidRaja Din |
Muzik oleh | Yuzwan Wahid |
Diedarkan oleh | Daya Pentas Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | 1993 |
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem ini menceritakan kisah Zarul, seorang pelajar yang gigih dan belajar sambil berniaga untuk menampung pengajiannya. Perniagaanya dibantu oleh Dato’ Majid, ayah Nora, kekasihnya. Sekembalinya Nora dari pengajian luar negara, Zarul menghadapi pelbagai masalah pelajaran, percintaan dan pengajian.
Filem Antara Gadis mula ditayangkan pada 1993 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Yuzwan Wahid, Mas Anizan dan ramai lagi.
Sinopsis
suntingZarul seorang pelajar di UPM yang juga mengendalikan sebuah gerai makanan bersama rakannya, Fuad. Dia juga sedang berpacaran dengan Dilla, seorang pelajar bersamanya di universiti. Nora baru sahaja kembali dari menyambung pelajaran di luar negara dan disambut oleh ibu bapanya Dato' Majid dan Datin Kalsom.
Nora melawat Zarul di gerainya. Rupanya mereka berdua ialah pasangan kekasih yang bertemu secara kebetulan apabila Nora tercicir barangannya di pusat beli-belah dan dipulangkannya oleh Zarul. Bapa Nora, Dato' Majid merupakan tokoh yang memberikan modal kepada Zarul untuk menjalankan perniagaannya. Nora juga sering mengikuti Zarul kembali ke kampungnya untuk meluangkan masa bersama emak Zarul, Rokiah dan adiknya Siti. Siti berasa bengang terhadap ibunya kerana difikirkan berat sebelah terhadap abangnya.
Ketika Zarul dan Fuad menghadiri kuliah, gerai mereka dijaga oleh Amir yang merupakan orang sekampung dengan Zarul. Amir merupakan lelaki yang lebih tua sedikit daripada mereka dan sering kelihatan dengan kawan mereka Seha. Dia juga sering membawa Seha ke kelab malam dan pernah ditangkap oleh Zarul dengan Fuad berduaan di dalam bilik tidur. Selain itu, Amir berurusan dengan penyangak untuk mencuri wang gerai itu dan juga membazirkan duit yang diberikan oleh Zarul untuk membantu Seha. Sebaliknya, Amir menggunakkannya untuk berdansa di kelab.
Dalam pembelajarannya, Zarul sering ditegur oleh Encik Aziz kerana selalu menghantar tugasan yang bermutu rendah. Dia juga diminta oleh Dato' Majid untuk memikirkan tentang pelajarannya. Pada masa ini, Zarul dan Fuad dikejutkan dengan pemergian Amir yang telah meninggalkan kerjanya dan melibas segala hasil gerai itu, termasuklah duit simpanan Zarul yang bertujuan untuk diberikan kepada Siti.
Zarul meminta pertolongan Nora untuk meminjam RM1000 daripada bapanya. Ketika meletak telefon, dia mengucapkan 'I love You' kepada Nora. Dilla yang berhasrat untuk memeranjatkan terdengar akan ucapan ini dan berlari dalam tangisan. Zarul cuba untuk memujuk Dilla tetapi adegan mereka dililhat oleh Nora yang ingin memberikan duit tadi. Zarul berkata bahawa walaupun dia mencintakan Nora, jarak telah memisahkan mereka dan Dilla telah masuk pada waktu yang tepat.
Nora yang berada dalam keadaan kecewa melepaskan kemarahannya dalam kelab malam. Pada keesokan harinya, Zarul sendiri tiba di rumah Nora untuk menjelaskan keadaan perniagaannya kepada Dato' Majid. Nora turun dari tingkat atas dan menuduh Zarul mengikiskan duit bapanya. Tindakan ini menyebabkan Zarul enggan mengambil cek yang dihulur oleh Dato' Majid atas alasan tidak akan membenarkan maruahnya dibeli oleh wang semata-matanya.
Zarul dalam keadaan keliru mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Encik Aziz hairan kerana Zarul telah lama tidak muncul dalam kuliah. Zarul berbincang dengan ibunya dan meminta bantuan kewangan; ini menyebabkan adiknya meninggalkan meja makan dalam keadaan amarah. Zarul memujuk adiknya dan menasihatinya agar kekal tabah. Siti meminta maaf kerana bersangka buruk terhadap abangnya.
Sementara itu, Nora yang sedang berpesta diikuti oleh dua lelaki yang mencurigakan. Mereka menyamun Nora dan hampir melakukan perkara yang lebih terkutuk apabila Amir muncul dan memnyebabkan mereka bergerak keluar dari tapak kejadian itu. Nora bergegas keluar juga dan meninggalkan tasnya yang dipungut oleh Amir.
Amir tiba di pejabat Nora untuk memulangkan begnya. Nora menawarkan wang tetapi Amir hanya ingin menebus dirinya terdahulu/ Amir menasihati Nora untuk tidak menggunakan disko dan arak untuk mengubati sakitnya. Amir bertemu dengan Fuad dan Zarul yang telah kembali ke bandar dan menjelaskan bahawa dia telah insaf dengan kelakuannya dan memohon keampunan mereka berdua. Dia juga ingin berusaha untuk menjaga Seha.
Zarul berjumpa dengan Cikgu Aziz dan berjanji untuk menumpukan perhatiannya dalam pelajaran. Zarul kembali ke kedainya dan bertemu dengan Dilla untuk meminta maaf. Nora juga tiba dengan hasrat yang sama. Ketika berjalan dengan Fuad, Zarul mengadu kepadanya tentang kesenangannya berjatuh cinta. Dia berhasrat untuk membuktikan bahawa dia mampu berjaya tanpa kehadiran wanita dalam hidupnya.
Nora dan Dilla menerima suratan daripada Zarul. Zarul mendedahkan bahawa dia tidak memilih sesiapa pun antara mereka berdua. Dia juga memberitahu yang dia akan melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Di lapangan terbang, dia mengucapkan selamat tinggal dan menukar perasaan dengan Amir yang kini kembali semula dengan Seha. Usai sudah, Zarul meninggalkan negaranya.
Pelakon
sunting- Yuzwan Wahid sebagai Zarul
- Mas Anizan sebagai Dilla
- Kamarool Yusof sebagai Amir
- Zarina Zainuddin sebagai Seha
- Wan Nor Azlin sebagai Nora
- Ruzaimi sebagai Fuad
- Tuty Sheril sebagai Aida
- Mohd Azimi Kassim sebagai Cikgu/Encik Aziz
- Raja Norhasrizadiana sebagai Siti
- Abu Bakar Omar sebagai Dato' Majid
- Hamidah Wahab sebagai Datin Kalsom
- Mahyon Ismail sebagai Rokiah
Lagu
sunting- Razzi - Ranbulan Kesiangan
- Zureda - Kesan
- 2 Unlimited - Twilight Zone