Armageddon (filem 1998)

(Dilencongkan dari Filem Armageddon, 1998)


Armageddon merupakan sebuah filem cereka sains bencana Amerika Syarikat tahun 1998 diarahan Michael Bay, diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer edaran oleh Touchstone Pictures. Filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan pekerja kolar biru pengerudi teras dalam yang dihantar oleh NASA bagi menghentikan asteroid gergasi yang dalam laluan perlanggaran dengan Bumi. Ia menonjolkan pelakon gabungan termasuk Bruce Willis, Ben Affleck, Billy Bob Thornton, Liv Tyler, Owen Wilson, Will Patton, Peter Stormare, William Fichtner, Michael Clarke Duncan, Keith David, dan Steve Buscemi.

Armageddon
Poster tayangan pawagam filem Armageddon, 1998
Poster tayangan pawagam
PengarahMichael Bay
Lakon layar
  • Jonathan Hensleigh
  • Tony Gilroy
  • Shane Salerno
  • J. J. Abrams
Cerita oleh
  • Robert Roy Pool
  • Jonathan Hensleigh
Dihasilkan oleh
  • Jerry Bruckheimer
  • Gale Anne Hurd
  • Michael Bay
Dibintangi
  • Bruce Willis
  • Billy Bob Thornton
  • Liv Tyler
  • Ben Affleck
  • Will Patton
  • Peter Stormare
  • Keith David
  • Owen Wilson
  • Michael Clarke Duncan
  • William Fichtner
  • Steve Buscemi
Dikisahkan olehCharlton Heston
SinematografiJohn Schwartzman
Disunting oleh
  • Mark Goldblatt
  • Chris Lebenzon
  • Glen Scantlebury
Muzik olehTrevor Rabin
Syarikat
penerbitan
  • Touchstone Pictures
  • Jerry Bruckheimer Films
  • Valhalla Motion Pictures
Diedarkan olehWalt Disney Studios Motion Pictures/Buena Vista Pictures
Tarikh tayangan
  • 01 Julai 1998 (1998-07-01)
Masa tayangan
150 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$140 juta[2]
Pecah panggung$553.7 juta[2]

Armageddon mula ditayangkan di pawagam hanya dalam 2-1/2 bulan selepas Deep Impact yang berdasarkan hentaman asteroid yang sama, yang dibintangi oleh Robert Duvall, dan Morgan Freeman. Prestasi Armageddon lebih baik dalam box office, sementara pakar astronomi menggambarkan filem Deep Impact sebagai lebih tepat dari segi saintifik.[3][4]Armageddon merupakan kejayaan box-office antarabangsa sungguhpun mendapat penilaian bercampur dari pengkritik, menjadi filem paling banyak pendapatan kasar sepanjang tahun 1998, melebihi filem epik perang Steven Spielberg Saving Private Ryan.

Barisan pelakon sunting

Ringkasan sunting

Selepas menjumpai sebuah asteroid bersaiz Texas akan menghentam Bumi dalam tempoh kurang dari satu bulan, pihak NASA mengambil sekumpulan pengerudi teras dalam tidak terurus bagi menyelamatkan umat manusia.

Rujukan sunting

  1. ^ "ARMAGEDDON (12)". British Board of Film Classification. July 7, 1998. Dicapai pada May 5, 2015.
  2. ^ a b "Armageddon (1998)". Box Office Mojo. October 11, 1998.
  3. ^ "Disaster Movies". Box Office Mojo. Dicapai pada 2008-03-23.
  4. ^ Plait, Phil (February 17, 2000). "Hollywood Does the Universe Wrong". Space.com.

Pautan luar sunting