Badi (filem)

(Dilencongkan dari Filem Badi)

Badi merupakan sebuah filem seram Malaysia 2015 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures, ditayangkan pada 15 Oktober 2015.

Badi
PengarahEyra Rahman
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
15 Oktober 2015 (Malaysia)
Masa tayangan
89 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Rashidah Jaafar sebagai Mek Nak
  • Ayang Abbas sebagai Leha
  • Zakaria Zahid sebagai Udin
  • Iskandar Nor sebagai Tauke Warung

Pelakon undangan sunting

Penerbitan dan keluaran sunting

Badi diarahkan oleh Eyra Rahman, ia merupakan filem seram ketiga arahannya selepas Pengantin Malam dan Gudang Kubur. Filem ini ditayangkan pada 15 Oktober 2015 di pawagam seluruh Malaysia.

Ulasan kritis sunting

Nadia Azam dari Malaysiakini menyifatkan Badi ialah sebuah "karya seram suam-suam kuku biarpun tidak banyak pengaruhnya dalam filem, tetapi elemen itu nyata mampu menimbulkan perasaan "seram" malah boleh dikatakan menjadi satu antara kekuatan."[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Oktober 2015). Adiba Yunus kekuatan Badi MSTAR Online. Dicapai pada 30 April 2016.
  2. ^ Nadia Azam (21 Oktober 2015). Badi filem seram suam-suam kuku Malaysiakini. Dicapai pada 30 April 2016.

Pautan luar sunting