Berani Punya Budak

(Dilencongkan dari Filem Berani Punya Budak)

Berani Punya Budak ialah filem aksi komedi Malaysia 2012 arahan dan lakonlayar oleh Afdlin Shauki dan merupakan versi bahasa Melayu untuk filem Thailand, Brave (2007).[1][2][3] Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang terdiri daripada Afdlin, Awie, Adlin Aman Ramlie, Riezman Khuzaimi dan Sharifah Sofia, filem ini ditayangkan pada 26 April 2012 oleh Ismail Holdings dan Vision Works.[4][5]

Berani Punya Budak
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
Lakon layar
  • Afdlin Shauki
  • Nat Nualpant
Dihasilkan oleh
  • Noradyman Sulaiman
  • Jason Lau (eksekutif)
  • Ismail Abdur Rahman (eksekutif)
  • Afdlin Shauki (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehAizam Syamsul Aksan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAlternate Pictures
Tarikh tayangan
  • 26 April 2012 (2012-04-26) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM1.13 juta

Sinopsis sunting

Shuhami Abdullah/Tong baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Berani Punya Budak diarahkan oleh Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Filem ini melibatkan kerjasama antara 2 syarikat produksi Malaysia, iaitu Vision Works dan Ismail Holdings dan syarikat produksi Thailand, Film Frame Productions.[6] Ia merupakan adaptasi Malaysia bagi filem Brave yang ditayangkan di Thailand pada 2007.[7]

Menurut Afdlin, beliau berhasrat untuk menayangkan filem Brave di Malaysia pada 2009, namun akibat masalah cetak rompak yang berlaku menyebabkan hasrat itu terpaksa dibatalkan.[8][9] Beliau telah merombak semula skrip asal filem Brave sebanyak 30 peratus untuk menghasilkan Berani Punya Budak. Rombakan itu dibuat bersesuaian dengan cita rasa dan budaya masyarakat di negara ini. Barisan pelakon-pelakon asal seperti Awie, Sharifah Sofia, Supaksorn Chaimongkol, Pairote Boongerd dan Afdlin sendiri, dikekalkan untuk filem ini, dengan penambahan beberapa pelakon baharu seperti Adlin Aman Ramlie dan Riezman Khuzaimi serta dua alumni Raja Lawak Astro, Johan dan Nabil Ahmad. Afdlin berkata: "Filem ini masih lagi memaparkan banyak aksi terutamanya yang membabitkan pergaduhan, tetapi elemen komedi yang diterapkan menerusi dialognya yang sangat kelakar setelah dialih suara ke bahasa Melayu. Kalau dalam filem Brave semua dialog menggunakan bahasa Thai, untuk filem ini pula 100 peratus menggunakan bahasa Melayu dan itulah kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini,".[10]

Keluaran dan sambutan sunting

Berani Punya Budak dikeluarkan pada 26 April 2012[11][12] dan telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM500,000 pada minggu pertama tayangan perdana rasminya.[13] Jumlah kutipan meningkat kepada RM1.3 juta.[14]

Mohd Aizat Shamsuddin dari Berita Harian menulis bahawa dialog Berani Punya Budak dianggap "merapu tetapi kelakar".[15] Feride Hikmet Atak, mengulas untuk mStar Online, menulis bahawa filem ini boleh "dibahagikan kepada dua kategori iaith sama ada penonton akan terhibur dengan dialog merapu yang lucu" atau "plot jalan cerita visualnya yang menunjukkan kisah yang lebih serius".[16] Dalam ulasan retrospektifnya mengenai filem ini, Hans Hanis dari portal Rollo de Pelicula bependapat bahawa Berani Punya Budak mempunyai "segala-galanya yang anda inginkan atau pun tidak inginkan iaitu komedi, parodi, gila-gila, bosan, paling merepek dan juga aksi yang cukup menarik", sambil menambah "babak-babak yang melibatkan aksi dan pertarungan yang sememangnya cukup menarik, kelihatan realistik dan setaraf dengan filem-filem aksi luar negara".[17] Mengulas untuk Cinema Online, Nurul Yezid berkata: "...Apa yang dipanggil garis lucu sepatutnya lucu, tetapi ia ternyata agak dipaksa dan dirombak daripada filem lain yang bergenre serupa".[18] Rotikaya pula memberi penarafan 3/5 bintang untuk filem ini sambil mengulas: "Elemen komedi menjadi elemen utama bakal membuatkan anda sedikit terhibur serta telatah-telatah pelakon yang akan membuatkan anda ketawa ketika menikmati filem ini. Jangan terlalu berfikir ketika menonton filem ini, sememangnya anda hanya perlu melayan sahaja jalan ceritanya".[19] OhArtis! memberi penarafan 2/5 bintang untuk filem ini dan berkata: "Diharapkan dengan kewujudan filem Berani Punya Budak ini, ianya tidak menghancurkan reputasi Afdlin Shauki sebagai pengarah hebat dan disanjungi ramai selama ini".[20]

Rujukan sunting

  1. ^ "Brave Afdlin Shauki and friends ramp up big-screen action with Thai flavours" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 20 April 2012. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
  2. ^ Dennis Chua (20 April 2012). "Comedy with a dash of Thai" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
  3. ^ Dennis Chua (26 April 2012). "Zany buddy adventure" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 November 2019.
  4. ^ Budiey (19 Mac 2012). "Filem Berani Punya Budak". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 November 2012.
  5. ^ Elaine Ewe (17 April 2012). "Daredevil Afdlin Shauki" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 8 November 2012.
  6. ^ "Berani Punya Budak". Bro Framestone. 12 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2017. Dicapai pada 7 November 2012.
  7. ^ Fanaqi N. (7 Mei 2012). "Afdlin Shauki can take backlash" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 8 November 2012.
  8. ^ Rozdan Mazalan (13 April 2012). "Gara-gara mangsa cetak rompak". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2019.
  9. ^ Nurul Yezid (15 April 2012). "From "Brave" to "Berani Punya Budak"" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 8 November 2012.
  10. ^ "Berani Punya Budak tampilkan kelainan". MyArtis. 26 April 2012. Dicapai pada 8 November 2012.
  11. ^ "(HIBURAN) Pra-Tonton Filem Berani Punya Budak". Galaksi Media. 20 April 2012. Dicapai pada 7 November 2012.
  12. ^ Rozdan Mazalan (26 April 2012). "Berani Punya Budak bertarung di panggung". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2019.
  13. ^ "Berani Punya Budak raih RM500,000". HIP. Berita Harian. 1 Mei 2012.
  14. ^ Budiey (2 Januari 2013). "Senarai Kutipan Filem Malaysia Paling Tinggi Tahun 2012". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 November 2013.
  15. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (22 April 2012). "Dialog merapu tetapi kelakar". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2019.
  16. ^ Feride Hikmet Atak (4 Mei 2012). "'Berani Punya Budak', Komedi Generasi Baru". mStar Online. Dicapai pada 7 November 2012.
  17. ^ Hans Hanis (28 April 2012). "Review filem Berani Punya Budak". Rollo de Pelicula. Dicapai pada 7 November 2012.
  18. ^ Nurul Yezid (17 April 2012). "Movie review: Berani Punya Budak" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 7 November 2012.
  19. ^ "Filem Minggu Ini: Berani Punya Budak". Rotikaya. 28 April 2012. Dicapai pada 8 November 2012.
  20. ^ "(Review) Filem Berani Punya Budak - Afdlin Cuba Bawa Kelainan". OhArtis!. 13 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2014. Dicapai pada 8 November 2012.

Pautan luar sunting