Filem Bigger Than Life

Filem Bigger Than Life (Bahasa Melayu harafiah. Lebih Besar Daripada Kehidupan ) merupakan sebuah filem Warna yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1956. Ia diarah oleh Nicholas Ray dan merupakan filem dalam genre Drama.

Bigger Than Life
Bigger Than Life poster.jpeg
PengarahNicholas Ray
Mula ditayangkan
1956
Tempoh tayangan
95 minit.
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris

Filem Bigger Than Life mempunyai tempoh tayangan sepanjang 95 minit.

Bigger Than Life (Bahasa Melayu harafiah. Lebih Besar Daripada Kehidupan ) adalah filem CinemaScope DeLuxe Color Amerika Syarikat yang dihasilkan pada tahun 1956 dan diarah oleh Nicholas Ray dan dibintangi oleh James Mason, yang turut menulis sama dan menghasilkan filem ini, mengenai seorang guru sekolah dan lelaki berkeluarga yang hidup mereka hancur akibat ketagihan kortison. Filem ini turut dibintangi oleh Barbara Rush sebagai isterinya dan Walter Matthau sebagai rakan karibnya, sama-sama guru. Sungguhpun ia gagal pada tayangan awalnya, ramai pengkritik moden memujinya sebagai karya agung dan paparan pintar bagi sikap semasa terhadap penyakit mental dan ketagihan. Pada tahun 1963, Jean-Luc Godard menamakannya sebagai salah satu dari sepuluh filem terbaik yang pernah dihasilkan.[1]

Bigger Than Life adalah berdasarkan rencana The New Yorker 1955 oleh penulis perubatan Berton Roueché berjudul "Ten Feet Tall" (Tinggi Sepuluh Kaki).[2]

Ringkasan PlotSunting

Seorang guru sekolah dan lelaki berkeluarga, Ed Avery (James Mason), yang telah mengalami beberapa tempoh kesakitan yang teruk dan juga pitam, dimasukkan ke hospital dengan apa yang disahkan sebagai nodosa polyarteritis, keradangan arteri yang jarang berlaku. Dia diberitahu oleh doktor bahawa mungkin hanya mempunyai sebulan untuk hidup, Ed bersetuju untuk menjalani rawatan eksperimen: dos hormon kortison .

Ed kembali sembuh dengan luar biasa. Dia kembali pada isterinya, Lou (Barbara Rush), dan anak mereka, Richie (Christopher Olsen). Dia perlu terus mengambil tablet kortison secara berterusan bagi mencegah penyakitnya berulang. Tetapi penawar 'ajaib' itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Ed mula menyalahguna tablet tersebut, menyebabkan dia mengalami perubahan mood liar dan, akhirnya, satu episod psikotik yang mengancam keselamatan keluarganya.

PelakonSunting

  • James Mason sebagai Ed Avery
  • Barbara Rush sebagai Lou Avery
  • Walter Matthau sebagai Wally Gibbs
  • Robert F. Simon sebagai Dr. Norton
  • Christopher Olsen sebagai Richie Avery
  • Roland Winters sebagai Dr. Ruric
  • Rusty Lane sebagai Bob LaPorte
  • Rachel Stephens sebagai Jururawat
  • Kipp Hamilton sebagai Pat Wade

PenerimaanSunting

Bigger Than Life amat kontroversi apabila dibebaskan. Kritikannya mengenai ketua kelaurga dianggap mengejutkan pada masa tersebut, dan ia tidak berjaya dari segi kutipan; bagaimanapun filem itu sangat popular dengan pengkritik di Cahiers du Cinema dan pada tahun 1963 Jean-Luc Godard menamakannya sebagai satu dari "Sepuluh Filem Amerika Bersuara Terbaik".

RujukanSunting

  1. ^ Editors (December 2, 2013) "A Young Jean-Luc Godard Picks the 10 Best American Films Ever Made (1963). Open Culture.
  2. ^ Roueché, Berton (1955), "Ten Feet Tall", The New Yorker; 10 September 1955, pp. 47-77.

Pautan luarSunting