Bila Hati Telah Retak
Bila Hati Telah Retak merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1983. Filem Bila Hati Telah Retak diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Bila Hati Telah Retak | |
---|---|
Pengarah | Rahman B |
Penulis | A. Latiff Hashim (Cerita Asal) Rahman B (Lakon layar) |
Dibintangi oleh | Rubiah Suparman, Ismail Din, Rokiah Shafie, Abu Bakar Omar, Abd Samat Arshad, Rusiah Chik |
Disunting oleh | Soosai S |
Mula ditayangkan | 1983 |
Tempoh tayangan | 87 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Bila Hati Telah Retak mula ditayangkan pada 1983 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Rubiah Suparman, Ismail Din dan ramai lagi.
PengarahSunting
Filem Bila Hati Telah Retak diarah oleh pengarah Rahman B pada 1983.
RingkasanSunting
Seorang wanita telah diceraikan oleh suaminya yang kaki perempuan. Suaminya menggangap dia wanita kekampungan, selalu memalukannya di hadapan kawan-kawannya. Dia berkerja sebagai bidan kerajaan di akwasan pendalaman tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh seorang bidan tradisional.Pelbagai fitnah dibuat oleh bidan tradisional itu bagi mengusirnya keluar dari kampong itu. Bagaimanapun, dia mendapat sokongan moral daripada bapa saudaranya, yang menjadi ketua kampong. Dia seringkali diganggu oleh tiga orang lelaki yang telah beristeri sehingga mereka sanggup menggunakan kekerasan. Namun dia dapat menjaga maruahnya. Penduduk kampung mula menerima kehadirannya.
PelakonSunting
- Rubiah Suparman, Ismail Din, Rokiah Shafie, Abu Bakar Omar, Abd Samat Arshad, Rusiah Chik
LaguSunting
- Bila Hati Sudah Retak
PencapaianSunting
Pelakon Wanita Terbaik - Rubiah Suparman
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Rokiah Shafie
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
- Bila Hati Telah Retak di Sinema Malaysia