Darah Muda (filem 1963)
Filem Darah Muda merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1963. Filem Darah Muda diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Darah Muda | |
---|---|
Pengarah | Jamil Sulong |
Penulis | S. Kadarisman |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | Jins Shamsuddin, Sarimah dan Mariani |
Sinematografi | Hitam-putih |
Muzik oleh | Osman Ahmad |
Diedarkan oleh | Malay Film Productions Ltd |
Tarikh tayangan | 1963 |
Durasi tayangan | 2 jam |
Negara | Singapura |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Darah Muda diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1963.
RingkasanSunting
Mengisah Fauziah yang miskin tinggal bersama sama bapanya,Pak Sha'aban seorang penjaja makanan. Abang Fauziah dan isterinya Ramlah hidup dalam kemewahan walaupun sebenarnya berhutang. Ramlah yang suka berbelanja besar membuatkan suaminya berhutang keliling pinggang.
Melihatkan kemewahan abangnya Fauziah cuba meminjam wang dari abangnya. Tetapi abang Fauziah tidak membantunya.
Satu hari ayah Fauziah Pak Sha'aban dilanggar kereta yang dipandu oleh seorang pemuda bernama Yazid. Yazid menghantar Pak Sha'aban ke hospital dan Yazid ke rumah Pak Sha'aban untuk memberitahu Fauziah mengenai hal itu. Yazid menanggung kesemua perbelanjaan bil hospital rawatan Pak Sha'aban. Yazid yang sudah mula terpikat pada Fauziah melamar Fauziah untuk menjadi isterinya.
Fauziah mula hidup senang kerana Yazid berasal daripada keluarga berada. Abang Fauziah yang kesusahan mula menganggu Fauziah dengan meminta wang darinya.
PelakonSunting
- Jins Shamsuddin sebagai Yazid
- Sarimah sebagai Fauziah
- Salleh Kamil sebagai abang Fauziah
- Mariani sebagai penyanyi kelab
- S. Kadarisman sebagai Pak Sha'aban
- Rahmah Rahmat sebagai Ramlah isteri abang Fauziah