Buka menu utama

Darah Satria merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1983. Filem Darah Satria diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Darah Satria
PengarahAziz Satar
PenerbitZain & Zaharan
PenulisAziz Satar
Dibintangi olehAman Shah, A. R. Badul, Lydiawati
Muzik olehPeter Lim
SinematografiWarna
Disunting olehAziz Ibrahim
Mula ditayangkan
1983
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Darah Satria mula ditayangkan pada 1983 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Aman Shah, A. R. Badul, Tawil dan ramai lagi.

PengarahSunting

Filem Darah Satria diarah oleh seniman Aziz Satar pada 1983.

RingkasanSunting

Ariff merupakan seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda (ringkasan - LtM) dalam salah satu batalion di dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja. Dia sering terlibat dalam operasi memburu pengganas komunis di hutan belantara.

Dalam kesibukan itu dia sempat berumah tangga bersama rakan sekampung, Rafidah. Tetapi isterinya ditinggalkan bersama ibu bapanya kerana dia jarang dapat berada di rumah.

Ariff ada 2 orang anak buah dibawah bimbingannya bernama Badol dan Iskandar yang asyik dibuai keseronokan hiburan di luar kem hingga menjejaskan disiplin mereka.

Di atas kecemerlangannya dalam menjalankan tugas, dia dinaikkan pangkat ke Leftenan (LT.) yang sebenar. Tetapi sebelum pergi berkursus dia ingin menjenguk keluarganya dahulu di kampung. Belum sempat dia berehat, dia telah dipanggil semula kembali ke kem kerana ada operasi yang memerlukan dia bersama.

Pertempuran dengan pengganas komunis dihutan menyebabkan Iskandar terkorban, Badol yang berang atas kehilangan kawan karibnya mula membara semangatnya untuk menghapuskan pengganas komunis itu.

Satu jerangkap samar berjaya dikesan, tetapi kecuaian Badol menyebabkan dia terpijak dan satu letupan kuat berlaku. Leftenan Ariff cuba menyelamatkan Badul, tetapi dia turut cedera parah.

Ariff dan Badul berjaya diselamatkan. Badul mengalami kecederaan ringan, malangnya Leftenan Ariff mengalami kecacatan kekal akibat peristiwa itu.

PelakonSunting

LaguSunting

Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga


Verse
Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Chorus
Darah satria darah satria
Berkobar di dada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia

Ulang Verse Ulang Chorus

Darah satria
Darah satria

PencapaianSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting