Dukun (filem)

Filem seram Malaysia 2018 arahan Dain Said
(Dilencongkan dari Filem Dukun)

Dukun ialah filem seram ngeri Malaysia 2018 arahan Dain Iskandar Said terbitan Astro Shaw.[1] Filem ini merupakan filem sulung arahan Dain dan berdasarkan secara longgar dari kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, oleh Mona Fandey, seorang penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 80-an. Filem itu pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat. Tetapi pada 2018, LPF menarik balik pengharaman filem ini dan telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 5 April 2018.[2][3]

Dukun
PengarahDain Said
Penulis
Dihasilkan olehDominique Hee
Dibintangi
SinematografiCheong Yuk Hoy
Disunting olehAffandi Jamaluddin
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 5 April 2018 (2018-04-05) (Malaysia)
  • 8 Ogos 2018 (2018-08-08) (Indonesia)
Masa tayangan
108 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.8 juta
Pecah panggungRM 10 juta

Filem ini mendapat perhatian 12 tahun kemudian selepas salinan filem ini bocor dalam talian dan dipantau oleh FINAS, polis dan Astro Shaw.[4] Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Dukun sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[5]

Sinopsis sunting

Berikutan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, muncul sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya. Karim (Faizal Hussein), seorang peguam nekad untuk mencari anaknya yang hilang tanpa mengira caranya. Masalah Karim menjadi semakin sukar apabila membuat perjanjian dengan Diana Dahlan (Umie Aida), seorang OKT (Orang Kena Tuduh) yang berjanji untuk membantu pencariannya. Tanpa diduga, Karim membongkar kisah yang lebih gelap yang menyebabkan dia kehilangan segala-galanya.

Barisan pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Adlin Aman Ramlie sebagai Datuk Jefri, pelanggan Diana dan mangsa akhirnya. Watak ini berdasarkan Mazlan Idris
  • Namron sebagai ASP Talib
  • Hasnul Rahmat sebagai Danni
  • Elyana sebagai Nadia
  • Chew Kin Wah sebagai Angus Lim
  • Soffi Jikan sebagai Fadzli
  • Bront Palarae sebagai Inspektor Shah
  • Ramli Hassan sebagai Daud
  • Avaa Vanja sebagai Sara Jamaluddin
  • Mislina Mustaffa sebagai Halimah Jusoh
  • Jason Chong sebagai Pegawai forensik Chan
  • Joey Daud sebagai Jamal
  • Adman Salleh sebagai Profesor Azmi
  • C. Kumaresan sebagai Murali
  • Goh You Ping sebagai Daniel Ong
  • Kasmadiana sebagai Puan Aisha
  • Ganesan Sundaram Moorthy sebagai Ravi
  • Abu Bakar Juah sebagai Hakim
  • Ibrahim Akir sebagai Imam
  • Norrihan Haji Yakub as Warden penjara
  • Zanoora sebagai Wadar penjara
  • Dianatasha sebagai Wadar penjara
  • Amira Mohd. Razali sebagai Wadar penjara
  • Azizah Sulaiman sebagai Wadar penjara
  • Kazar Saisi sebagai Pegawai hukuman gantung
  • Amal Fatih Mustafa sebagai Pelatih hukuman gantung
  • Nadiya Nisaa sebagai Anak sulung Halimah
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Wanita Batak
  • Rahhim Omar sebagai Jeneral Indonesia
  • Wan Mohammad sebagai Askar Indonesia
  • Paul Colclough sebagai Wartawan asing
  • Shyama Ramasamy sebagai Wartawan tempatan
  • Alia Soraya sebagai Gadis di bangunan terbiar
  • Betty Rahmad & Martina Newarni sebagai Rakan penjara Nadia
  • Eijja Salleh sebagai Jurubahasa mahkamah
  • Noor Alycia Norman Sabri sebagai Nadia (muda)
  • Najiha Izzaty sebagai Anak Bungsu Halimah
  • Noor Natasha Norman Sabri sebagai Anak sulung Halimah (muda)
  • Prakash Krishna sebagai Pegawai forensik
  • Rafiei Hasan sebagai Anggota polis ASP Talib
  • Ahmad Rahiki Selamat sebagai Anggota polis ASP Talib
  • Kamal Gerak Khas sebagai Anggota polis mahkamah
  • Hairullanuar Ahmed sebagai Anggota polis mahkamah
  • Chermaine Poo sebagai Pendakwa muda
  • Hafeeza Edznor Masrum sebagai Pendakwa muda
  • Norhaida Baharin sebagai Polis pengiring wanita
  • Shahriza Sabri sebagai Polis pengiring wanita
  • Diana Shahrin sebagai Polis pengiring wanita
  • Fatin Hajla sebagai Polis pengiring wanita
  • Tengku Azura sebagai Kurier Tongkat Batak

Penerbitan sunting

Dukun berdasarkan kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang pernah menggemparkan negara pada 1993. Ia merupakan filem sulung arahan Dain Iskandar Said dengan skrip ditulis oleh Huzir Sulaiman, filem ini menjalani penggambaran pada 2006 di lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur termasuk Penjara Pudu.

Umie Aida menjayakan watak sebagai Diana Dahlan yang berdasarkan Mona Fandey.[6] Bagi menghidupkan watak Diana, Umie membela seekor ular selama dua bulan dan melakukan aksi yang agak ekstrem seperti menjilat dinding ketika di dalam salah sebuah sel tahanan di Penjara Pudu.[7][8] Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Niat", Elyana memegang watak sebagai Nadia. Ketika Dukun diterbitkan, beliau baru berusia 18 tahun dan masih ingat dengan jelas bagaimana rasa takut apabila ada babak bersama Umie.[9]

Keluaran dan sambutan sunting

Promosi sunting

Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem Dukun telah dimuat naik di akaun YouTube rasmi Astro Shaw pada 1 April 2018.[10] Sementara Di Belakang Tabir filem ini telah disiarkan di semua stesen televisyen di seluruh negara termasuk Astro Ria dan Astro Citra. Filem ini akhirnya menemui penonton di pawagam selepas 12 tahun ia terperap akibat ketetapan perundangan.[11][12][13][14][15] Sebelum tarikh tayangan rasmi, Dukun diklasifikasikan sebagai P13, iaitu penonton berusia 13 tahun ke bawah perlu pemantauan ibu bapa dan penjaga dan lulus tanpa sebarang potongan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).[16]

Filem ini telah mencipta sejarah tersendiri dengan ditayangkan sebanyak 34 kali pada Jumaat di pawagam tempatan, yang mana ia dikatakan jarang berlaku kepada mana-mana filem tempatan, sekaligus menduduki tempat pertama dalam senarai 10 filem teratas di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC).[17]

Kutipan panggung sunting

Pada hari pertama tayangan, Dukun telah memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM1.5 juta. Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, jumlah yang diperoleh daripada 120 pawagam seluruh negara dan Brunei itu ialah yang tertinggi bagi filem terbitan serta edarannya.[18] Filem ini telah mencatat kutipan memberangsangkan sebanyak RM6.2 juta dalam masa empat hari selepas tayangannya.[19][20]

Penerimaan kritis sunting

Dukun menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Angelin Yeoh menulis untuk Star2 berkata: "Dalam banyak cara, Dukun bijak mencerminkan minat kita untuk sensasi. Nampaknya orang lebih suka mempunyai perbualan tentang cerita yang dihiasi daripada menghadapi fakta. Dan, kebenaran perkara itu adalah seorang lelaki telah mati, dan keadilan perlu disampaikan." Beliau memberikan taraf 3 daripada 5 bintang dengan penarafan 6/10 ulasan.[21] Dalam ulasan untuk mStar Online, Shazryn Mohd Faizal mengulas: "...tiada yang spektakular mahupun luar biasa tentang Dukun tetapi dari sudut perspektif yang lain, Dukun memiliki keistimewaan yang menjadikan ia sebagai karya yang berada dalam liga tersendiri."[22] Dennis Chua daripada New Straits Times pula berkata: "Secara ringkasnya, Dukun adalah pemenang, terima kasih kepada sinematografi Dain yang hebat dan persembahan cemerlang para pelakon. Dukun pasti akan turun dalam sejarah sebagai salah satu daripada thriler terbaik negara kita, status legendanya hampir terjamin."[23]

Dalam ulasan oleh Astro Awani, Madiha Abdullah yang memuji persembahan Umie Aida dan barisan pelakon filem ini menyifatkan Dukun sebagai sebuah "filem biasa yang istimewa". Beliau memberikan penarafan 4/5 bintang untuk filem ini.[24]

Kontroversi sunting

Keluarga Mona Fandey telah menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap kandungan dan asas filem ini selepas pengumuman keluaran tayangan. Para penerbit sejak itu menafikan bahawa filem tersebut sepenuhnya berdasarkan peristiwa sebenar, tetapi ia hanya diilhami oleh peristiwa tersebut.[25][26]

Pada 6 Februari 2018, seluruh Malaysia digemparkan dengan penyebaran filem ini secara haram menerusi internet.[27] Pihak penerbitan filem iaitu Astro Shaw telah mengambil langkah segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung penyebaran meluas filem ini. Menerusi beberapa perkongsian daripada pihak tertentu, salinan filem yang bocor itu dapat ditonton selama 1 jam 35 minit dan memaparkan hampir keseluruhan jalan cerita filem. Tidak lama selepas seminggu ditayangkan, Dukun sekali lagi diuji apabila menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi DVD versi cetak rompak. Pelakon utamanya, Umie Aida menyeru kepada orang ramai agar memboikot versi cetak rompak filem ini.[28] Ekoran kes itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah mengambil inisiatif penting bersama-sama beberapa agensi kerajaan dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Membanteras Cetak Rompak Digital sebagai sinergi bersama menangani isu cetak rompak.[29][30][31][32]

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan menyatakan rasa kecewa dengan tindakan LPF mengklasifikasikan filem Dukun sebagai P13, atau penonton melebihi usia 13 tahun dengan pemantauan ibu bapa dan menyifatkan Dukun tidak sesuai untuk ditonton oleh kumpulan peringkat umur berkenaan.[33]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Filem Terbaik Dukun Menang
Pengarah Terbaik Dain Said Menang
Lakon Layar Terbaik Huzir Sulaiman Menang
Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Nam Ron Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Elyana Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik Dain Said Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida Menang
Lakon Layar Terbaik Huzir Sulaiman, Dain Said, Fariza Azlina & Al Jafree Tercalon
Sinematografi Terbak Cheong Yuk Hoy Tercalon
Kostum/Busana Terbaik Andy Sulaiman Menang
Penataan Bunyi Terbaik Dukun Tercalon
Penataan Seni Terbaik Nazrul Asraff Mazlan Tercalon
Kesan Khas Terbaik Pixelpost Menang
Penyunting Terbaik Raja Affandi Raja Jamaluddin Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Dukun (2007)[pautan mati kekal] Filemkita.com. Dicapai pada 10 April 2018.
  2. ^ "Will Dukun ever charm viewers?" TheStar, 3 Jun 2007.
  3. ^ "FEATURE: Resurrecting Mona Fandey". Malay Mail. 21 Februari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2007..
  4. ^ Chua, Dennis (7 Februari 2018). "(Showbiz) Finas sees red over 'Dukun' leak". New Straits Times. Dicapai pada 1 April 2018.
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). "Filem tempatan pecah panggung 2018". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  6. ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2018). "[VIDEO] Umie menggigil, hampir 'histeria' kerana Dukun". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-24. Dicapai pada 8 April 2018.
  7. ^ Nurul Fadila Awaludin (6 April 2018). "Misteri 12 tahun Dukun dan Diana Dahlan". Kosmo!. Dicapai pada 8 April 2018.
  8. ^ Farhana Ab Rahman (4 April 2018). "Umie berkawan dengan ular demi Dukun". Berita Harian. Dicapai pada 8 April 2018.
  9. ^ Najiy Jefri (4 April 2018). "Bukan kisah Mona Fandey". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2018.
  10. ^ "Dukun Official Trailer 2018". YouTube. Dicapai pada 16 April 2018.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (2 April 2018). "Akhirnya Dukun bertemu penonton". Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2018.
  12. ^ Azam A (2 April 2018). "Filem Penuh Kontroversi 'Dukun' Akan Berada Di Pawagam 5 April Ini". The Vocket. Dicapai pada 24 April 2018.
  13. ^ Iylia Adreena (2 April 2018). "'Dukun' Is Finally Coming To Cinemas After A 12-Year Ban". Rojak Daily. Dicapai pada 24 April 2018.
  14. ^ "12 Tahun Terperap, 'Dukun' Ditayangkan 5 April". My News Hub. 2 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-24. Dicapai pada 24 April 2018. Setelah ‘terperap’ selama hampir 12 tahun, filem yang diadaptasi daripada kisah Mona Fandey, Dukun akhirnya bakal ditayangkan di pawagam selepas ditangguhkan tayangan pada tahun 2007.
  15. ^ "'Dukun' akhirnya tampil selepas 12 tahun 'disimpan'". Berita Harian Singapura. 6 April 2018. Dicapai pada 16 April 2018.
  16. ^ "Filem Dukun lulus tayang tanpa potongan LPF". Utusan Malaysia. 3 April 2018. Dicapai pada 16 April 2018.
  17. ^ Azyyati Ahmad (6 April 2018). "Filem Dukun cipta sejarah tersendiri, ditayangkan 34 kali di pawagam". Astro Awani. Dicapai pada 16 April 2018.
  18. ^ Hanisah Selamat (6 April 2018). "Dukun catat RM1.5j hari pertama tayangan". Berita Harian. Dicapai pada 8 April 2018.
  19. ^ Mohd Haikal Isa (9 April 2018). "Empat hari tayangan, Dukun kutip RM6.2 juta". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-10. Dicapai pada 10 April 2018.
  20. ^ Arif Fadli Mohd Sori (9 April 2018). "Kutipan Dukun RM6.2 juta di luar jangkaan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 April 2018.
  21. ^ Angelin Yeoh (6 April 2018). "'Dukun': Not exactly a spellbinding affair". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-10. Dicapai pada 10 April 2018.
  22. ^ Shazryn Mohd Faizal (10 April 2018). "Luar biasa 'Dukun' kerana kehebatan pelakonnya". mStar Online. Dicapai pada 16 April 2018.
  23. ^ Dennis Chua (13 April 2018). "#Showbiz: Dukun reviewed". New Straits Times. Dicapai pada 16 April 2018.
  24. ^ Madiha Abdullah (6 April 2018). "Dukun filem biasa yang istimewa". Astro Awani. Dicapai pada 16 April 2018.
  25. ^ Nicholas Chow (3 April 2018). "Who Is Mona Fandey And Why Is She So Creepy?". Rojal Daily. Dicapai pada 17 April 2018.
  26. ^ Karissa Lund (3 April 2018). "5 Things You Need To Know Before You Watch The Controversial 'Dukun' In Theaters". Juice Online. Dicapai pada 17 April 2018.
  27. ^ Sudirman Mohd Tahir (6 Februari 2018). "Siapa bocorkan Dukun?". Harian Metro. Dicapai pada 17 April 2018.
  28. ^ "Umie Aida rayu boikot 'Dukun' cetak rompak". Astro Awani. 6 April 2018. Dicapai pada 17 April 2018.
  29. ^ Alif Fadli Mohd. Sori (13 April 2018). "Finas ambil serius isu cetak rompak filem Dukun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 April 2018.
  30. ^ "Filem Kisah Mona Fandey 'Bocor' Di Internet". My News Hub. 8 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-17. Dicapai pada 17 April 2018. Tidak pernah ditayangkan sebelum ini, Filem ‘Dukun’ arahan Dain Said yang ditangguh tayangannya pada tahun 2007, kini ‘bocor’ di internet.
  31. ^ Ammar Sufian (9 Februari 2018). "Filem Dukun Inspirasi Kes Mona Fandey Bocor Di Internet". Malaysian Access. Dicapai pada 17 April 2018.[pautan mati kekal]
  32. ^ Wawann Mohd (8 Februari 2018). "Filem ala Mona Fandey bocor di internet". Sinar Harian. Dicapai pada 17 April 2018.
  33. ^ Roshihan Annuar Yub (3 April 2018). "Filem Dukun tak sesuai diklasifikasi P13 - PPIM". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 April 2018.

Pautan luar sunting