Gelora (filem)

Filem Malaysia 1970 arahan P. Ramlee
(Dilencongkan dari Filem Gelora)

Gelora ialah sebuah filem genre drama Malaysia yang ditayangkan pada 30 November 1970.[1]

Gelora
PengarahP. Ramlee
PenulisOsman Abadi
P. Ramlee
DibintangiP. Ramlee
Sarimah Ahmad
Arman Yadi
Idris Hashim
Ahmad Dadida
Minah Hashim
Dikisahkan olehP. Ramlee
SinematografiHitam Putih
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
  • 30 November 1970 (1970-11-30) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Gelora ini memaparkan tema berat dan hanya sesuai ditonton oleh orang-orang dewasa saja. Ia dianggap kurang sesuai ditonton oleh golongan remaja dan kanak-kanak disebabakan terdapatnya adegan-adegan yang menyolok mata, antara Sarimah Ahmad dan Arman Yadi serta antara P. Ramlee dan Isma Rubee. Oleh itu, filem ini amat jarang ditayangkan di televisyen. Filem ini juga merupakan filem terakhir gandingan P. Ramlee dan Sarimah Ahmad.

Pengarah sunting

Filem ini telah diarahkan oleh P. Ramlee.

Sinopsis sunting

Mengisahkan Rizman (Arman Yadi) sangat dibenci oleh ibu tirinya kerana dia (sewaktu kecil) menyebabkan kematian adik tirinya. Oleh kerana tidak tertahan lagi dengan kata-kata nista dan celaan ibu tirinya itu, Rizman keluar rumah meninggalkan ayahnya (lakonan Idris Hashim) serta dua orang adiknya. Rizman berhasrat untuk membawa diri ke Singapura. Sebelum peristiwa itu, Rizman bersama teman wanitanya, Ruby (Ismaa Rubee) menghadiri sebuah parti kemudian dia mengajak Rizman singgah makan malam di rumahnya. Rizman diperkenalkan oleh Ruby kepada ibunya, Rima Murni (Sarimah Ahmad).

Di Stesen keretapi, Rizman telah bertemu dengan Rima yang kebetulan menghantar Tengku Zaman menaiki keretapi. Bila Rizman menyatakan hasrat mahu ke Singapura, Rima pula menghalang dan mencadangkan supaya Rizman tinggal bersamanya dan juga Ruby. Dalam pada itu, di tempat kerja Ruby mendapat pengurus yang baharu iaitu Rozaimi (P. Ramlee). Rozaimi yang dalam pertengahan umur mula tertarik dengan penampilan Ruby dan cuba memikatnya tetapi Ruby tidak melayannya kerana dia lebih cintakan Rizman.

Sementara itu, apabila tinggal dalam satu bumbung, perhubungan antara Rizman dengan Rima semakin erat. Semasa begitu gembira dan ingin menunjukkan surat yang dia telah lulus ujian memandu kereta, Rizman telah termasuk ke bilik Rima di mana Rima ketika itu berada dalam keadaan menggairahkan. Rizman mula terpegun dan kegairahan bentuk badannnya. Seperti pucuk dicinta ulam mendatang, Rizman terus menghampiri ke katil Rima di mana dia sedang meniarap dan menyuruh Rizman memicit badannya. Rizman tidak bertepuk sebelah tangan. Berlakulah perzinaaan dan sejak itu, perhubungan antara Rizman dengan Rima (ibu kekasihnya, Ruby) semakin erat dan keterlanjuran terus berlaku tanpa disedari oleh Ruby.

Di dalam pejabat pula, Rozaimi terus berusaha untuk memikat Ruby, dia tidak putus asa. Setelah di desak beberapa kali akhirnya Ruby setuju makan malam dengannya. Ketika makan malam itulah Rozaimi menyatakan cintanya kepada Ruby tetapi di tolaknya dengan alasan dia setia dengan Rizman.

Suatu hari, di panggung wayang pula, Mustabab (Bab Mustaffa) (berdendam dengan Ruby kerana Ruby tidak melayannya) bersama dua orang kawannya terserempak dengan Rizman dan Rima. Ini telah dipergunakan oleh Mustabab membalas dendamnya terhadap Ruby. Mustabab memberitahu Ruby, Rizman sudah ada teman wanita yang baharu iaitu ibunya sendiri. Bagi mempastikan kata-kata Mustabab itu benar, dia segera pulang ke rumah Ruby untuk buat siasatan. Ruby terperanjat apabila mendapati Rizman dan Rima sedang bercengkerama di dalam bilik Rizman. Dengan perasaan kecewa dan hampa, Ruby terus pergi ke rumah Rozaimi dan menawarkan untuk menjadi perempuan simpanan Rozaiman. Bagi Rozaimi pelawaan Ruby seperti, orang mengantuk di sorongkan bantal. Kekerapan Rima yang kerap keluar malam dan pulang di waktu pagi, menyebabkan Rizman (yang mencintai Rima sepenuh hati) sentiasa berada dalam kerisauan. Rizman mencurigai kesetiaan Rima terhadapnya. Rizman marah dan merajuk tetapi kerana Rima pandai memujuk dan menggoda, Rizman berlembut dan mengalah. Manakala perhubungan Rozaimi dan Ruby pula semakin bertambah erat. Ruby kini tidak perlu bekerja tetapi dia tetap mendapat elaun tiap-tiap bulan dari Rozaimi.

Kemudian Rizman diracuni fikirannya oleh Mustabab dan dua orang teman setianya. Dia mengajak Rizman pergi ke sebuah rumah di mana Rima sering berkunjung. Mustabab menyuruh Rizman memanjat sebatang pokok dan dari situ dia dapat menyaksikan Rima sedang melayan nafsu seorang tua yang kaya raya iaitu Tuan Zaman. Apabila pulang, Rima di tempelak oleh Rizman dan mengugut akan meninggalkannya. Kerana merasakan yang dia sangat cintakan Rizman dan kini sudah mendapat lelaki pujaannya dan dia mahu berkahwin dengan Rizman, Rima menceritakan kedudukan sebenarnya kepada Rizman.

Menurut cerita dari Rima, dia berasal dari Sumatera Utara. Dia jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Rozaiman. Hasil percintaan mereka, Rima telah berbadan dua mengandungkan Ruby (anak luar nikah). Rozaimi tahu yang dia telah mengandungkan Rima tetapi dia tidak mahu bertanggungjawab lalu melarikan diri dari kampung. Dia kemudian di usir dari kampung dan dengan pertolongan dua tiga orang yang bersimpati dengannya, Rima datang ke Malaysia.

Apabila Ruby di lahirkan, dia bekerja sebagai perempuan simpanan kepada Tengku Zaman yang telah memberikannnya kehidupan yang mewah. Tanya Rizman, kalau begitu mengapa Rima tidak berkahwin saja dengan Tengku Zaman. Menurut Rima, Tengku Zaman berkahwin mengikut undang-undang mahkamah. Mahkamah tidak membenarkannya berkahwin lebih dari satu. Rima meminta Rizman bersabar kerana Tengku Zaman telah tua, tidak lama lagi dia akan mati. Kalau dia mati setidak-tidaknya separuh (atau pun suku) daripada hartanya akan dimilikinya.

Bagaimanapun, Rizman meninggalkan Rima menyebabkannya tidak dapat menerimanya. Rizman pergi menemui Ruby untuk kembali ke pangkuannya tetapi Ruby menolak lalu mengacukan pistol kepada Rizman. Setelah berfikir panjang, Rima kemudian pergi menemui Tengku Zaman dan menyatakan yang dia mahu memutuskan perhubungannya dengan Tengku Zaman kerana dia sudah pun bertemu dengan lelaki pujaannya. Terkejut dengan tindakan Rima itu, Tengku Zaman diserang penyakit jantung lalu meninggal dunia. Rizman pula mengambil keputusan untuk bertunang dengan Haryati (teman wanitanya) dan sempena dengan pertunangan tersebut satu majlis tari menari diadakan. Rima turut hadir. Dia kemudian berhadapan dengan Rizman dan Haryati dan meminta Rizman kembali kepangkuannya semula.

Perbuatannya itu memarahkan Haryati yang menyebabkan Haryati mengeluarkan perkataan dasar perempuan lacur. Rima tersangat marah lalu mengambil keris yang ada didinding dan terus menikam Haryati. Apabila Rizman enggan pulang kepadanya dan menyatakan juga Rima perempuan lacur, dia juga terus menikam Rizman. Rizman dan Haryati mati disitu juga. Selepas itu, Rima pergi menemui Ruby dengan keris berlumuran darah. Semasa pertemuan itu, Ruby memperkenalkan kekasihnya yang bercadang untuk berkahwin dengannya. Apabila bertemu, masing-masing terperanjat dan dengan tidak disedari Rima mencapai pistol yang ada di situ lalu menembak Rozaimi berkali-kali menyebabkan Rozaimi mati serta-merta di tempat kejadian. Rima kemudian memberitahu Ruby bahawa Rozaimi yang ingin dikahwini Ruby tersebut adalah ayah kandungnya sendiri. Terkejut dengan pengakuan Rima, Ruby berasa amat menyesal dan bercampur baur dengan perasaan bersalah kerana dirinya hampir-hampir mengahwini ayahnya. Rima terus menelefon polis dan membuat pengakuan yang dia telah membunuh Rozaimi, Rizman dan Haryati dalam satu masa. Rima hanya menunggu kedatangan polis dan dia telah bersedia untuk menyerah diri.[2]

Pelakon sunting

Kontroversi sunting

Dalam filem ini (Gelora) dalam adegan menyolok mata. Dalam babak filem ini terdapat beberapa adegan seks. Babak2 dalam filem ini boleh mengundang pengaruh yang buruk.

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.filemkita.com/filem/g/gelora_01.html
  2. ^ http://filemklasikmalaysia.blogspot.my/2012_02_01_archive.html?m=1
  3. ^ "Fakta salah tentang P. Ramlee". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-20. Dicapai pada 2018-01-17.
  4. ^ "Mengenang Artis Lama Musalmah Mengenang Artis Lama". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-03. Dicapai pada 2018-01-17.

Pautan luar sunting