Hang Jebat (filem 1961)

(Dilencongkan dari Filem Hang Jebat (1961))

Hang Jebat merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1961. Filem Hang Jebat diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Hang Jebat
PengarahHussein Haniff
PenulisAli Aziz
Lakon layarAli Aziz
DibintangiNordin Ahmad
M. Amin
Latifah Omar
Mahmud Jun
Rosnani Jamil
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1961
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Filem ini bukan sequel kepada filem berwarna Hang Tuah yang diterbitkan pada 1956 dimana teraju utama, Nordin Ahmad memegang watak Hang Kasturi.

Pengarah sunting

Filem Hang Jebat telah diarahkan oleh pengarah Hussein Haniff pada tahun 1961, dan skripnya ditulis oleh Ali Aziz.

Filem itu terpilih untuk dipertandingkan ke Festival Filem Asia ke-9 di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1962.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan Sultan Mansur Shah tanpa mempedulikan nasihat Bendahara Tun Perak telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Hang Tuah (M. Amin). Hang Jebat (Nordin Ahmad) yang dilantik menjadi Laksamana oleh Sultan menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Pada masa yang sama, Jebat menjalin hubungan dengan Dang Baru (Latifah Omar), pembantu rumah Bendahara Tun Perak dan mereka berkahwin secara rahsia. Sultan Mansur akhirnya membuat keputusan untuk berundur ke rumah Bendahara setelah Jebat bertindak membunuh Pateh Karma Wijaya (Mahmud June) bersama orang-orangnya dan menyerang istana Raden Mas Ayu (Rosnani Jamil). Usaha Sultan Mansur untuk menghalang keganasan Jebat menemui jalan buntu apabila Kasturi (Ghazali Sumantri), Lekir dan Lekiu gagal menentang Jebat dan dua orang pendekar yang diutuskan oleh Temenggung turut maut di tangan Jebat. Akhirnya Bendahara berterus-terang kepada Sultan Mansur Shah bahawa Tuah sebenarnya tidak dihukum bunuh, sebaliknya telah disembunyikan oleh beliau di sebuah perkampungan terpencil di Hulu Melaka. Berlaku pertarungan sengit antara Tuah dan Jebat hingga Jebat akhirnya tewas di tangan Tuah setelah berjaya merampas keris Taming Sari. Walaupun cedera parah, namun, bagaikan harimau mengamuk apabila dicederakan, Jebat bertindak melakukan amuk sehingga ramai tentera-tentera raja, pendekar-pendekar dan orang-orang kampung mati dibunuhnya. Sampai sahaja di rumah Tuah, Jebat akhirnya meninggal dunia di pangkuan Tuah.

Pelakon sunting

Pautan luar sunting