Buka menu utama

Filem Ikan Emas merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965. Filem Ikan Emas diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Ikan Emas
PengarahM. Amin
PenulisLakon layar:
SinematografiHitam-putih
Mula ditayangkan
1965
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Ikan Emas diarah oleh pengarah M. Amin pada 1965.[1]

RingkasanSunting

Filem ini mengisahkan mengenai seorang gadis yang bernama Kintan. Ibunya telah meninggal, dan bapanya telah berkahwin dengan seorang wanita lain yang telah mempunyai seorang anak perempuan. Kintan sering didera oleh ibu dan kakak tirinya, Mak Kiambang dan Kiambang apabila bapanya tiada. Suatu hari, ketika Kintan mengikut bapanya menjala, bapanya telah terjatuh ke dalam kolam. Bapanya telah lemas dan menjelma menjadi seekor ikan emas. Kintan membawa ikan emas itu pulang dan memeliharanya.

Malangnya Mak Kiambang dan Kiambang telah menangkap dan membunuh ikan emas tersebut. Kintan merasa begitu sedih lalu menanam ikan emas itu di satu tempat. Sekali lagi, kejadian aneh berlaku apabila tempat ikan emas itu ditanam telah ditumbuhi dengan sebatang pohon emas yang rendang. Suatu hari, ketika Kintan sedang menyanyi di bawah pohon emas itu, nyanyiannya telah didengar oleh Sultan yang kemudiannya terpikat pada kejelitaan Kintan.

PelakonSunting

LaguSunting


Pautan luarSunting