Buka menu utama

Filem Insan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1955. Filem Insan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Insan
PengarahK.M Basker
PenerbitRun Run Shaw
PenulisLakon layar:
Dibintangi olehOmar Rojik
Siput Sarawak
Dato' Ahmad Mahmud
Saadiah
Latifah Omar
PengedarMalay Film Productions
Mula ditayangkan
1955
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Isi kandungan

PengarahSunting

Filem Insan diarahkan oleh K.M Basker dan diterbitkan pada 1955.

RingkasanSunting

Jamilah (Saadiah) seorang anak yatim sejak lahir dan hidup dalam kemiskinan. Bagaimanapun, keadaan hidupnya berubah baik bila seorang penarik beca bernama Omar (Omar Rojik) yang simpati akan kehidupan Jamilah yg daif itu dengan mengahwini ibunya Mariam (Siput Sarawak). Omar telah berkerja keras selama lebih 10 tahun membesarkan serta menyekolahkan Jamilah hingga terjejas kesihatan. Keadaan mula berubah apabila dia dewasa, lebih lagi bila punyai ramai kawan dari golongan berada termasuk Salmah (Latifah Omar), anak seorang hartawan. Dalam satu majlis hari jadi Salmah dia berkenalan dengan sepupu Salmah bernama Hassan (Ahmad Mahmud), seorang peguam muda yang banyak harta. Hassan mula tertarik dengan Jamilah dan ingin menjadikan dia sebagai Isteri. Hassan juga mengetahui Jamilah dari golongan miskin tetapi berpura-pura cuba menyembunyikan keadaan yg sebenar. Akhirnya dia dapat juga menyedarkan Jamilah akan sikapnya yang salah memandang hina terhadap orang tuanya terutama ayah tirinya yang hanya seorang panarik beca. Setelah berkahwin mereka berjaya memujuk ibu dan bapa tirinya yang uzur itu tinggal bersama-sama mereka.

PelakonSunting

Lihat jugaSunting