Kamar Seksa

(Dilencongkan dari Filem Kamar Seksa)

Filem Kamar Seksa merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 2017. Filem Kamar Seksa diterbitkan dalam bentuk filem berwarna.[1]

Kamar Seksa
PengarahM. Suurya
Dibintangi olehSazzy Falak, Noorkhiriah, Ieda Moin, Aiyuni Hashim dan Rizal Halim
PengedarGenius Parade Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
20 April 2017
Tempoh tayangan
80 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

PengarahSunting

Filem ini diarahkan oleh pengarah M. Suurya. Beliau juga bertindak sebagai penulis skrip dan sutradara bagi menjayakan filem tersebut.

PlotSunting

Mengisahkan Kathy (Sazzy Falak) yang menjalani kehidupan songsang sebagai seorang perempuan. Masalah yang dihadapinya setelah seorang demi seorang pembantu rumahnya melarikan diri kerana tidak sanggup lagi menjalani kehidupan yang menjijikan bersama majikannya. Suatu hari, seorang pembantu rumah yang baru dari Indonesia kini menjadi pekerjanya. Dia yang bernama Mona (Aiyuni Hashim) mula berasa pelik dengan tingkah laku majikannya dan menjangkakan bahawa Kathy seorang lesbian. Mona sering di dera baik fizikal mahupun mentalnya. Dia juga ada pernah meminta pertolongan dari jiran tetangganya namun tidak dipedulikan oleh mereka. Selain di dera, Mona juga tidak diberikan makan setiap hari. Dia hanya mampu menjamah sedikit makanan melalui sisa lebihan Kathy yang telah di buang di dalam tong sampah setiap hari. Lama kelamaan, Kathy akhirnya tertarik juga dengan penampilan Mona tetapi perbuatan jijik ini telah disedari oleh kekasihnya (lakonan Ieda Moin). Suatu hari, seorang jirannya mengadu kepada Kathy yang pembantu rumahnya setiap hari meminta pertolongan dari jiran tetangga. Ini membuatkan Kathy menjadi berang dan terus memukul Mona sehingga mengalami pendarahan yang teruk. Keadaan semakin terdesak membuatkan Mona telah menyebarkan berkeping keping nota meminta tolong bagi melepaskan diri dari permasalahan ini. Mujurlah seorang penghuni pangsapuri tersebut membacanya dan terus melaporkan kepada pihak polis. Beberapa hari kemudian, rumah Kathy telah diserbu polis dan memberkas Kathy serta menyelamatkan Mona yang masih trauma kritikal.

Sementara itu, di sebuah rumah lain di pangsapuri yang sama, seorang suri rumah bernama Nur (Noorkhiriah) digambarkan hidup berendam air mata dengan keadaan suami yang tidak bertanggungjawab terhadap dirinya dan anak mereka, Bika berumur tujuh bulan. Nur yang bertanggungjawab untuk menyara kehidupannya tiga beranak. Pelbagai alasan yang diterimanya untuk mendapatkan satu pekerjaan namun masih gagal juga untuk dia di ambil bekerja. Suaminya yang kaki mabuk ditambah pula dengan penyakit yang dihidapinya lagi merumitkan keadaannya. Nur yang masih belum mendapat pekerjaan telah di pukul oleh suaminya yang terlalu mencemburui secara membuta tuli terhadap isterinya dengan mana mana lelaki yang pernah berhubung dengan isterinya. Di kesudahannya, suaminya telah mati akibat dipukul oleh orang ramai.

PelakonSunting

  • Sazzy Falak sebagai Kathy
  • Noorkhiriah sebagai Nur
  • Aiyuni Hashim sebagai Mona
  • Ieda Moin sebagai kekasih Kathy

RujukanSunting

Pautan luarSunting