Karipap-Karipap Cinta (filem)

(Dilencongkan dari Filem Karipap-Karipap Cinta)

Karipap-Karipap Cinta merupakan sebuah filem genre komedi romantik arahan Othman Hafsham yang ditayangkan pada 31 Ogos 2011 di Malaysia. Filem ini merupakan adaptasi daripada karya novel popular yang menggunakan tajuk yang sama. Filem ini dibintangi oleh Gambit Saifullah, Melia Aimellia dan Eman Manan

Karipap-Karipap Cinta
KaripapKaripapCintafilmposter.jpg
Poster Filem Karipap-Karipap Cinta
PengarahOthman Hafsham
Dihasilkan olehCinematic Sdn. Bhd.
DibintangiGambit Saifullah
Melia Aimellia
Eman Manan
Sani Sudin
Rosnah Johari
Durasi tayangan
110 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 1.91 juta[1]
Pecah panggungRM 0.28 juta

PlotSunting

Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak. Deven Raja Lawak membuat penampilan istimewa sebagai pemilik kedai roti canai.

PelakonSunting

. Deven Raja Lawak - Pemilik kedai roti canai

SambutanSunting

KutipanSunting

Kutipan bagi filem ini agak perlahan pada seminggu tayangan diadakan. Selepas tamat tayangan, filem ini tidak berjaya membawa balik pualangan modal dan hanya mendapat RM 190,000 sahaja. Faktor untama kegagalan filem ini tidak diketahui[2]. Tetapi, rata-rata menyatakan boikot terhadap pelakon filem utamanya, Gambit, atas keceluparan mulut beliau yang memaki orang yang tidak memahami karyanya. Selain itu, mereka turut menyatakan sentuhan Othman Hafsham kurang menjadi dan percaturan meletakan pelakon baru dalam filem ini kelihatan gagal[3].

KeseluruhanSunting

Keseluruhan filem ini dilihat tidak mahu meninggalkan impak myang berjaya diraih hasil daripada kejayan siri novelnya. Ini mungkin kerana penulis lakon layar ini merupakan penulis novel tersebut, kemungkinan beliau ingin pengikut novel ini tidak merasa seolah-olah ada yang berbeza daripada novel tersebut. Filem ini berjaya ditangani oleh pengarahnya, Othman Hafsham. Ternyata beliau masih belum hilang sentuhan walaupun hampir 11 tahun beliau tidak mengarah sejak filem terakhirnya, Soalnya Siapa. Lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon utama filem ini (Gambit dan Melia) boleh dikatakan sedikit berjaya menghidupkan jalan cerita ini. Pelakon senior yang tidak asing lagi, Eman Manan berjaya menghidupakn sisi lain watak beliau dengan membawa watak tersebut.

Keraguan dalam filem ini timbul apabila sisi islamiah keluarga Sarah tidak ditonjolkan dalam filem ini. Kelihatan Sarah dan keluarga tidak berjaya digambarkan dalam filem dan hanya berjaya dalam novel[4].

Dari sudut visualisasi, filem ini berjaya memaparkan suasanan yang boleh menenangkan hati penonton. Permulaan cerita yang bermula dengan Chef Wan membuat resepi berjaya menyuntik rasa indah tentang perhubungan.

RujukanSunting

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Rangupkah_Karipap-Karipap_Cinta_5296[pautan mati kekal]
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-03. Dicapai pada 2011-10-03.
  4. ^ http://hansrollodepelicula.blogspot.com/2011/09/review-filem-karipap-karipap-cinta.html

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting