Kekasih Awal Dan Akhir
Filem Kekasih Awal Dan Akhir merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 1993 yang diterbitkan di Malaysia pada 1993. Filem Kekasih Awal Dan Akhir diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Kekasih Awal Dan Akhir | |
---|---|
Pengarah | Zulkifli M. Osman |
Dibintangi | |
Tarikh tayangan | 1993 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Kekasih Awal Dan Akhir mula ditayangkan pada 1993 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jamal Abdillah, Sofia Jane dan ramai lagi. Filem ini mencapai box office dari segi kutipannya.
Sinopsis sunting
Yusman yang tidak didedahkan dengan kehidupan luar oleh bapanya, Dato’ Alwi kemudian mula berkenalan dengan Maria, anak iaitu anak gadis Yahya yang merupakan pemandu Dato’ Alwi. Marlia mengajar Yusman tentang kehidupan di luar. Mereka berpisah apabila Dato’ Alwi meninggal dunia dan Yusman menuntut di London. Mereka berikrar yang mereka akan bertemu semula. Persahabatan mereka terus terjalin. Namun, Marlia menipu Yusman dengan menyatakan dia bekerja sebagai pengurus sebuah bank di Kuala Lumpur. Marlia sebenarnya pekerja kilang milik Yusman. Bila mengetahui yang Yusman akan berada di Kuala Lumpur dan akan mencarinya, Marlia terpaksa meneruskan penipuan tentang kehidupan sebenarnya dengan pelbagai cara.
Pelakon sunting
- Jamal Abdillah sebagai Yusman
- Cico Harahap sebagai Yusman kecil
- Sofia Jane sebagai Marlia
- Zizie Ezette sebagai Marlia kecil
- Imuda sebagai Rahim
- Nor Albaniah sebagai Julia
- Azwan Ali sebagai Pengacara TV
- Afida Es sebagai Maimon
- R. Jaafar sebagai Yahya
- Osman Zailani sebagai Dato' Alwi
- Shaharon Anuar sebagai Inspektor Anuar