Kerat 14

(Dilencongkan dari Filem Kerat 14)

Kerat 14 merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2013 arahan Arjin Uppal, ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Siti Saleha, Zamarul Hisham, Ali Arami, Fauziah Ghous, Arrora Salwa, Azhar Jb dan Arash Mohamad. Filem ini ditayangkan pada 14 Februari 2013.[1][2]

Kerat 14
PengarahArjin Uppal
PenulisAfiq Zulkifli
Dihasilkan olehS. Baldev Singh & Harvinder Uppal
DibintangiAaron Aziz
Siti Saleha
Zamarul Hisham
Ali Arami
Fauziah Ghous
Arrora Salwa
Azhar Jb
Arash Mohamad
SinematografiVierendrra Lalit
Disunting olehArjin Uppal
Muzik olehAmy Ukays
Syarikat
penerbitan
White Merpati Entertainment
Tarikh tayangan
14 Februari 2013
Durasi tayangan
81 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 2,000,000.00

SinopsisSunting

Kerat 14 mengisahkan percintaan di antara Haziq dan Nurzara. Haziq dan Nurzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nurzara kekasihnya. Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nurzara ketika Nurzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Aril telah menyapu sedikit minyak dagu kepada Nurzara. Berlaku pergaduhan antara Aril dan Haziq kerana Haziq cemburu melihat Aril memeluk Nurzara. Aril telah mengekori sehingga ke apartment Nurzara tanpa mereka sedari. Haziq keluar dari perkarangan rumah untuk ke kedai yang berhampiran. Aril telah masuk ke dalam rumah Nurzara untuk mempekosa Nurzara. Haziq tiba diperkarangan rumah Nurzara ternampak Aril sedang memeluk Nurzara yang separuh sedar. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku selepas itu menyebabkan Haziq dan Nurzara terlibat dalam penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman. Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nurzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nurzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nurzara dengan satu pengorbanan yang besar

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Filem ini diarahkan oleh pengarah muda Arjin Uppal dibawah terbitan White Merpati Entertainment. Filem ini merupakan filem pertama arahan beliau.

Keluaran dan sambutanSunting

Kerat 14 ditayangkan pada 14 Ferbuari 2013.

RujukanSunting

  1. ^ http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-31. Dicapai pada 2017-05-18.

Pautan luarSunting