Kolej 56

(Dilencongkan daripada Filem Kolej 56)

Kolej 56 merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1989. Filem Kolej 56 diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Kolej 56
PengarahAhmad Fauzee
PenulisAhmad Fauzee
Dihasilkan olehAhmad Fauzee
Dibintangi
Disunting olehJib Ibrahim
Tarikh tayangan
1989
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Kolej 56 mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Ia menampilkan pelakon-pelakon seperti Ahmad Fauzee, Salwa Abdul Rahman dan ramai lagi.

Pengarah

sunting

Filem Kolej 56 diarah oleh pengarah Ahmad Fauzee pada 1989. Pengarah penasihatnya ialah Aziz Jaafar.

Ringkasan

sunting

Filem ini mengisahkan anak-anak daripada keluarga bangsawan yang belajar di Putra Kolej iaitu sebuah kolej swasta yang terletak di Cameron Highlands. Mereka mengikuti kursus intensif selama sebulan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Rosman, Roslan, Rosli dan Tengku Kamil berasal dari keluarga elit kecuali Rosli yang bapanya bekerja sebagai pelayan di rumah orang kaya. Walau bagaimanapun, majikan ayahnya tidak mempunyai zuriat, lalu menghantar Rosli ke situ sebagaimana keluarga berada lainnya.

Tengku Kamil yang berasal dari utara tanah air, sombong dan memandang rendah pada yang lain kerana dia bakal ditabalkan sebagai raja kelak. Tetapi semasa sesat di hutan dia mendapat pengajaran berguna dari Rosman, Roslan dan Rosli. Dari situ dia mula bergaul dengan mereka.

Sewaktu ditugaskan mencari kayu api, mereka telah menyelamatkan Mawar, seorang gadis suku Dusun yang menjadi mangsa jerat ayahnya sendiri. Rosman menyelamatkan dia lalu timbul rasa cinta antara mereka. Kemudiannya, mereka ditangkap ayah Mawar kerana makan rambutan tanpa izin di kebunnya. Mereka dibebaskan kerana Mawar terhutang budi pada mereka.

Rosman pula sedang asyik dilamun cinta dengan Mawar sekali pun dilanda jurang adat resam kerana Mawar tidak beragama dan tidak setaraf dengan keluarganya.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon undangan

sunting

Trivia

sunting

Individu-individu tersohor tanah air juga turut diselitkan dalam cerita ini, apabila ada rakan sekelas mereka bernama Rohana Jalil dan Musa Hitam. Sedangkan pada era 1950-an, nama-nama itu belum lagi dikenali ramai. Begitu juga babak Rosman dan rakan-rakannya bermain bolasepak menentang pasukan Rovers yang diwakili ekspatriat berkulit putih. Selain itu, ada penampilan khas seorang pemain berkulit hitam (Zainal Abidin Hassan) iaitu seorang bintang bola sepak Malaysia di era 80-an dan 90-an.

Di penghujung cerita, bapa Rosli iaitu S. Shamsuddin yang juga bapa kandungnya di dunia sebenar memandu kereta usang dan Rosli mencadangkan bapanya membeli kereta baru. Bapanya membalas, jika dia sudah kaya kelak, kereta Saga (Proton Saga) akan menjadi pilihannya. Namun kereta Proton yang diilhamkan oleh Mahathir Mohamad hanya wujud pada 1985.

Menurut Pengarah dan juga pelakon, Ahmad Fauzee. Nama Rosman Ramlee itu diambil sempena nama teman karibnya sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Begitu juga watak Rosli (Ariff S. Shamsuddin), Roslan (Zee Muzakkir) dan Tengku Kamil (Shah Rezza). Nama-nama watak ini diambil dari nama teman rapatnya sewaktu bersekolah di MCKK. Kecuali Tengku Kamil itu yang junior 3 tahun dari Ahmad Fauzee, yang lain adalah rakan sebaya.

Nama 'Mawar' dipilih kerana simbolik lagu 'Mawar Ku' yakni lagu sulung dalam karier nyanyian Ahmad Fauzee.

  • Duhai Kawan
  • Senandung Rindu

Pencapaian

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting