Korban Fitnah

(Dilencongkan dari Filem Korban Fitnah)

Korban Fitnah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1959. Filem Korban Fitnah diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Korban Fitnah
PengarahPL Kapur
PenulisRalph Modder
Dihasilkan olehMaria Menado
DibintangiMaria Menado
Siput Sarawak
Sukarno M. Noor
AN Alcaff
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehCathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1959
Masa tayangan
106 minit
NegaraSingapura
BahasaBahasa Melayu

Pengarah sunting

Filem Korban Fitnah diarah oleh pengarah PL Kapur pada 1959.

Sinopsis sunting

Husein (Sukarno M. Noor) diajukan ke mahkamah kerana akan bunuh diri. Ia tak mau menjelaskan sebabnya, sampai desakan bertubi-tubi datang. Maka berkisahlah Husein. Ia duduk di universiti atas bantuan kakaknya, Hasan (AN Alcaff), yang belum juga kawin, kerana hanya memikirkan Husein dan kakaknya, Munah (Siput Serawak) yang sakit jantung. Dalam masa itu ia berkenalan dengan Rahimah (Maria Menado), yang diaku teman wanita oleh Wahab (Syed Hassan), kawan Husein. Padahal dua orang tadi tak ada hubungan istimewa, malah Husein kena damprat Rahimah. Kejadian ini membuat Wahab dendam pada Rahimah dan mengancam akan membalas dendam. Hasan akhirnya kawin dengan Rahimah atas desakan Munah. Kebahagiaan tak berlangsung lama, kerana Wahab mula beraksi dan cuba menggoda. Husein marah dan menumbuk Wahab. Wahab menyebar fitnah. Kepada Hasan dikatakan bahawa Husein serong dengan Rahimah. Kejadian-kejadian kecil di masa lalu, mencetuskan cemburu dan amarahnya, sehingga Husein dan Rahimah yang tengah mengandung diusir. Munah perkenalkannya kepada Adi (Abdul Hadi), bapa saudara Rahimah, dan akhirnya Hasan berjaya diinsyafkan. Maka Rahimah dan Husein dicari. Yang dijumpai pertama Wahab. Ia mengaku salah setelah dihajar habis-habisan. Malangnya Hasan dilanggar kereta, hingga buta. Peristiwa ini diketahui Rahimah dari surat khabar. Ia menjenguk ke rumah sakit. Hasan minta maaf. Rahimah bersedia mengorbankan matanya untuk suaminya, tapi doktor menolak. Doktor hanya mahu cantuman mata dari orang yang meninggal. Husein yang baru datang ke rumah sakit, mendengar perbualan itu. Ia memutuskan bunuh diri agar dapat membalas budi kakaknya. Ia menulis surat kepada doktor untuk mengambil mata dari orang yang bunuh diri. Belum sempat bunuh diri, Husein ditangkap polis. Mendengar kisah ini, hakim memutuskan Husein bebas hukuman.

Pelakon sunting

Lagu sunting

Pautan luar sunting