Kuliah Cinta

Filem 2004 oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen
(Dilencongkan dari Filem Kuliah Cinta)

Kuliah Cinta ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2004 arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen. Filem ini dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU sebagai watak utama.

Kuliah Cinta
PengarahProf. Madya Dato' A. Razak Mohaideen
PenulisAzhari Zain
Lakon layarProf. Madya Dato' A. Razak Mohaideen
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiHj. Zainal Abidin Othman
Disunting olehMariam Ibrahim
Muzik olehEdry KRU
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 29 Januari 2004 (2004-01-29) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.5 Juta

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan kehidupan remaja di alam kampus yang dilalui Jojo (Johana) dan Faramy. Mereka berkawan baik, namun, segalanya berubah apabila tibanya sesi kemasukan pelajar junior di Universiti tempat mereka belajar. Sebagai senior, mereka dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program induksi untuk pelajar-pelajar baru dan dalam diam Faramy telah terpikat kepada pelajar junior bernama Ayu. Kehadiran Ayu menjejaskan keakraban Jojo dan Faramy sedangkan mereka berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Jojo yang berasa tersisih mengambil keputusan untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Australia bagi melupakan Faramy.

Pelakon sunting

Pautan luar sunting