Buka menu utama

Langit Tidak Selalu Cerah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1981. Filem Langit Tidak Selalu Cerah diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Langit Tidak Selalu Cerah
PengarahS. Sudarmaji
PenerbitGala Filem
PenulisS. Sudarmaji
Dibintangi olehMokhtaruddin, Uji Rashid, Maria Arshad, Norasnizah Zaidi
Muzik olehAhmad Shariff
Disunting olehJohari Ibrahim
Mula ditayangkan
1981
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Langit Tidak Selalu Cerah mula ditayangkan pada 1981 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Mokhtaruddin, Uji Rashid dan ramai lagi.

PengarahSunting

Filem Langit Tidak Selalu Cerah diarah oleh pengarah S. Sudarmaji pada 1981.

RingkasanSunting

Seorang isteri, Huzaimah yang tergila-gilakan pangkat dan kemewahan sanggup meninggalkan suaminya yang hidup sederhana dan anak mereka yang masih kecil. Dia menggunakan bakat seninya untuk mencapai impiannya dan berjaya mengecapinya dengan bantuan dan dorongan dari Armali dan rakan-rakannya yang lain. Tetapi dia telah diperdaya oleh Jeff yang menabur kata-kata manis. Kerjaya sebagai penyanyi sudah berakhir dan kini dia terjebak pula ke lembah pelacuran. Setelah ditinggalkan oleh Jeff yang dianggapnya sebagai kekasih itu, dia mula sedar kesilapannya lalu cuba pulang ke pangkal jalan. Langkah pertamanya ialah mencari suami dan anak yang ditinggalkannya dahulu. Tetapi sayangnya, dia telah disahkan menghidap penyakit HIV. Sementara itu, Amran dan Murni telah memulakan hidup baharu dengan Rohana dan Mak Mah dengan mengusahakan gerai makanan di kampung. Walaupun Huzaimah telah berjumpa dengan Amran dan Murni namun semuanya telah terlambat pintu hati Amran telah tertutup rapat untuk memberi kemaafan terhadap Huzaimah. Selepas Huzaimah menyelamatkan Murni dari jatuh ke dalam gaung. Baharulah Amran memaafkan Huzaimah setelah dipujuk oleh Rohana. Huzaimah sempat bertaubat dan mungkin dia sembuh dari penyakitnya.

PelakonSunting

LaguSunting

PencapaianSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting