Lembing Awang Pulang Ke Dayang (filem)

Lembing Awang Pulang Ke Dayang merupakan sebuah filem hikayat cereka. Filem ini telah ditayangkan pada 22 Oktober 2009. Filem ini unik kerana berasaskan sebuah buku tulisan Cikgu Shaharom Husain yang merupakan seorang ahli sasterawan terkenal dan juga pakar sejarah negeri Johor. Kisah asal Lembing Awang Pulang Ke Dayang adalah sebuah legenda negeri Johor dan ia di katakan benar-benar terjadi pada tahun 1776 di kawasan yang kini didirikan Parit Raja, Muar.

Lembing Awang Pulang Ke Dayang
PengarahMajed Salleh
PenulisShahroom Husain
Dihasilkan olehBaba Alsharafudin Bin Mohamed
N Azman
DibintangiFarid Kamil
Siti Elizad
Uji Rashid
Kuswadinata
Mustapha Maarof
Hattan
Aziz M. Osman
M. Rajoli
Muzik olehMazley Ukays
Syarikat
penerbitan
Dayang Digital Sdn Bhd
Diedarkan olehGrand Brilliance
Tarikh tayangan
22 Oktober 2009
Negara Malaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.88 juta[1]
Pecah panggungRM 0.09 Juta[2]

Dikatakan bahawa seperti kebanyakan legenda tragedi lain, kisah ini ada sumpahannya yang tersendiri. Sebelum filem ini di buat oleh penerbit, dikatakan bahawa telah terdapat usaha untuk menghidupkan kembali kisah ini melalui teater dan drama TV. Semua usaha-usaha ini banyak menghadapi masalah, drama TV tersebut dikatakan sampai kini belum ditayangkan. Filem ini juga dikatakan menempuhi banyak halangan dan tertangguh beberapa kali.

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler Filem ini diilhamkan daripada kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya iaitu Dayang (anak kepada Mak Longnya). Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan kesudahan filem ini - adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?

Pelakon sunting

 
Kuswadinata melakonkan watak Pak Long di dalam filem ini.

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting