Lenjan

(Dilencongkan dari Filem Lenjan)

Lenjan merupakan sebuah filem bergenre seram ngeri arahan Ismail Yaacob yang ditayangkan pada 2 Julai 1998.[1] Filem yang dibintangi oleh Eman Manan, Rosyam Nor dan Nina Juren. Filem ini juga turut mewakii Malaysia pada Festival Filem Asia Pasifik dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Rosyam.

Lenjan
Lenjan.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahIsmail Yaacob
PenerbitPansha
Dibintangi oleh
Muzik olehPeter Lim
SinematografiBade Hj. Azmi
Syarikat
penerbitan
Berjaya Film Sdn Bhd
Mula ditayangkan
2 Julai 1998 (1998-07-02)(Malaysia)
Tempoh tayangan
125 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

PlotSunting

Amir usahawan yang berjaya dan telah berkahwin dengan Zita. Setelah berkahwin hidup mereka bahagia. Sifat keperibadian Zita membuat Amir mengenal erti kasih sayang. Zarin, seorang pembunuh dan perogol yang menggunakan ketampanan dan keramahannya untuk memerangkap mangsanya, kemudian membunuh mereka dengan kejam tanpa belas. Ketika Amir dan Zita bercuti di hutan, mereka telah menyelamatkan Zarin tanpa mengesyaki niat jahat Zarin. Zita pula tidak begitu selesa dengan kehadiran Zarin. Amir telah mengetahui niat Zarin dan telah melarikan diri bersama Zita. Namun Zarin dapat menjejaki mereka lalu bergelut dengan Amir. Nasib tidak menyebelahi Amir, akibatnya Amir tewas di tangan Zarin. Adakah Zita dapat menyelamatkan dirinya dan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas suaminya Amir?

PelakonSunting

KeluaranSunting

Lenjan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 2 Julai 1998. A. Wahab Hamzah dari Utusan Malaysia berkata Lenjan membuktikan kehebatan Ismail selaku pengarah yang perlu diberi perhatian.[2] Ia juga diiklankan sebagai sebuah filem saspens yang menghiburkan.[3]

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-14 Penyuntingan Terbaik Elias Maidin Menang
Pengarah Harapan Ismail Yaacob Menang
Anugerah Skrin 1999[4] Filem Terbaik Keseluruhan Filem Tercalon
Pengarah Terbaik Ismail Yaacob Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Eman Manan Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Rosyam Nor Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-43 1998 (Taipei) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rosyam Nor Menang
Festival Filem Antarabangsa ke-7 2000 (Pyongyang) Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ "Lenjan, filem terbaru Ismail Yaacob", Berita Harian, 30 Jun 1998.
  2. ^ A. Wahab Hamzah (3 Julai 1998). Lenjan filem saspens yang menarik Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2010.
  3. ^ Fariza Saidin (5 Julai 1998). Lenjan filem saspens menghiburkan Diarkibkan 2018-02-03 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2010.
  4. ^ http://www.filemkita.com/filem/l/lenjan_01.html

Pautan luarSunting