Libas

(Dilencongkan dari Filem Libas)

Libas ialah sebuah filem bertemakan komedi kesukanan, merupakan filem pertama arahan Pengarah Drama Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, Jurey Latiff Rosli yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 29 September 2011. Filem yang menampilkan semula pelakon yang tidak asing lagi, Rosyam Nor, selepas kali terakhir memegang watak utama dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang. Filem ini turut dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Beego, Adam Corrie dan lain-lain. Filem mengangkat tema kesukanan yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia, iaitu Sepak Takraw. Filem ini diharap dapat menaikan semangat dan minat anak muda tentang sukan Sepak Takraw.

Libas
Poster promosi Libas
PengarahJurey Latiff Rosli
Dihasilkan olehJurey Latiff Rosli
DibintangiRosyam Nor
Scha Al-Yahya
Beego
Johan Raja Lawak
Adam Corrie
Yank Kassim
Sabri Yunus
Syarikat
penerbitan
MDAG Marketing
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
29 September 2011 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.88 juta[1]
Pecah panggungRM 0.93 juta

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga dia di gelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Adnan sangat di geruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki Adnan, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Adnan gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan dengan Ratna anaknya.

Kebimbangan Adnan memuncak bila Mr. Wilson, seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada Adnan. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di warisi oleh orang Melayu sejak lima ratus tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan Malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari Tanah Melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang Melayu. Dan Adnan adalah waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh Adnan, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa di ketahui oleh Adnan juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.

Adnan tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan Thailand. Bagi Adnan, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun, demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, Adnan berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, Adnan sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan beliau, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu layak di pegang oleh pewarisnya sahaja.

Adnan berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada Megat, walaupun Megat masih membenci Adnan kerana kekalahan yang lalu. Tanpa di ketahui oleh Adnan, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh Ak Nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada Thailand dan memberitahu Ratna bahawa pertunangan Adnan dengannya sudah di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh Adnan mementingkan bola warisan lebih dari dirinya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, Adnan telah terlihat kehebatan seorang pemuda bernama Hamadi menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan Adnan menawarkannya untuk bermain libas. Dan Adnan fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun Hamadi itu menolak tawaran Adnan kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun Adnan telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan Hamadi dari di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya Hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi Adnan dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan Adnan, Ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui Ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, Adnan terserempak dengan seorang pemuda gemuk bernama Kumok yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang di lontarkan kepadanya, malah telur yang di lontar tidak pecah bila di tampan dengan perutnya.

Akhirnya Adnan dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Adnan berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Adnan sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengetuai pasukan. Di hari perlawanan, Megat tidak muncul, Adnan resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari China. Semangat Adnan bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan Malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan Malaysia yang menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Adnan sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak Nangkhon. Akhirnya Adnan mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika Adnan melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul untuk menyertai perlawanan. Kelebihan Ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan Adnan dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila jurulatih dan Adnan ternampak bola itu berada di tangan seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Adnan percaya budak itu adalah pewaris kepada bola warisan.

Pelakon sunting

Pembikinan sunting

Filem ini dilakukan di sekitar Lembah Klang, di sebuah kilang getah[2]. Kilang ini dijadikan tempat gelanggang sepak takraw. Filem ini menggunakan teknik CGI untik menambahkan lagi impak dan perasaan kepada penonton

Semasa pembikinan filem ini, pelakon utamanya, Rosyam Nor mendapat kecederaan semasa melakukan aksi dalam filem ini. Beliau telah mendapat kecederaan di bahu[3]. Hal ini memaksa pelakon yang pernah memenangi Bintang Paling Popular Berita Harian mencari sehingga lapan tukang urut untuk memulihkan kecederaannya. Beliau berbuat demikian kerana ingin mengelak daripada melakukan pembedahan Namun begitu, usaha itu tidak berhasil dan akhirnya membawa beliau pergi ke hospital untuk menjalani rawatan dengan lebih lanjut

Maklum Balas sunting

Keseluruhan sunting

Cerita memang merupakan sebuah filem aksi komikal yang mampu menghiburkan hati penonton. Filem yang boleh dibandingkan dengan filem luar iaitu Shaolin Soccer dari segi aksi dan intipati cerita. Bezanya, filem ini mengangkat permainan sepak takraw yang menjadi permainan masyarakat Melayu. Tema pencintaan dan semangat membawa nama negara dilihat menyerlah dalam filem ini. Imeg CGi yang digunakan berjaya membantu pergerakan filem ini. Walaupun kelihatan sedikit tidak selari, tetapi filem ini menghiburkan. Kredibiliti pelakon lelaki tersohor negara, Rosyam Nor, memang tidak boleh disangkal lagi. Pelakon-pelakon baru sepeti Scha Al Yahya, Johan, Kumok, Beego, Adam Corrie, Z. Zamri dan Yuswaisat tidak tergelam dek kehebatan lakonan Rosyam Nor. Scha berjaya menterjemahkan watak Ratna, yang merupakan kekasih bagi Adnan, lakonan Rosyam. Kumok & Johan berjaya memberi warna dalam lakonan dan cerita ini. Geng sepak takraw dari Thailand, lakonan Adam Corrie, Z. Zamri dan Yuswaisar, sememangnya menjiwai watak mereka iaitu lawan yang handal, menjengkelkan dan menggerunkan[4].

Kutipan sunting

Filem ini gagal mencapai lepas bajet apabila hanya mendapat RM 0.93 juta.

Pencalonan & Anugerah sunting

Filem ini berjaya mendapat 3 pencalonan dalam FFM 24 iaitu:

  • Cerita Asal Terbaik - Martias Ali
  • Sinematografi Terbaik - Mihd Shaufe Abdul Wahib
  • Pengarah Harapan Terbaik - Jurey Latiff Rosli
  • Kesan Visual Terbaik - Amru Najmi Osman

Rujukan sunting

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-31. Dicapai pada 2010-02-12.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-23. Dicapai pada 2010-02-12.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-02. Dicapai pada 2011-10-04.


Pautan luar sunting