Little Miss Sunshine

(Dilencongkan dari Filem Little Miss Sunshine)

Little Miss Sunshine ialah sebuah filem drama-komedi Amerika Syarikat 2006 diarahkan oleh Jonathan Dayton dan Valerie Faris. Skrip ditulis oleh Michael Arndt. Filem ini dibintangi Greg Kinnear, Steve Carell, Toni Collette, Paul Dano, Abigail Breslin dan Alan Arkin dan dihasilkan oleh Big Beach Films dengan bajet sebanyak US$8 juta.[1][2] Penggambaran bermula pada Jun 6, 2005 dan mengambil tempat selama lebih 30  hari di Arizona dan California Selatan.

Little Miss Sunshine
Poster filem ini memaparkan keluarga dalam filem itu mengejar Volkswagen Microbus. Judul filem terletak di atas kenderaan. Dari kiri ke kanan: si ibu (mengenakan cermin mata gelap, baju lengan panjang, dan seluar merah jambu) dalam kedudukan berlari dibelakang kenderaan, anak lelaki (memakai baju lengan pendek dan seluar hitam) menolak kenderaan, pak cik (memakai baju lengan pendek merah jambu, baju lengan panjang putih, seluar putih dan berjanggut hitam) dalam kedudukan berlari, anak perempuan (memakai ikat kepala merah, baju merah, dan bercermin mata) berhampiran pintu kereta terbuka, datuk (memakai baju kemeja-T putih, vest hitam, dan seluar kelabu) duduk dalam kereta mencapai anak perempuan, dan bapi (memakai baju kemeja-T merah dan cermin mata gelap) memandu kenderaan dan melihat kebelakang kearah keluarganya. Poster tersebut berlatar kuning keseluruhan, dan di atas memaparkan nama pelakon dan review pengkritik. Bawah poster termasuk kredit filem, rating, dan tarik tayangan.
Poster tayangan pawagam
PengarahJonathan Dayton
Valerie Faris
PenulisMichael Arndt
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiTim Suhrstedt
Disunting olehPamela Martin
Muzik olehMychael Danna
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehFox Searchlight Pictures
Tarikh tayangan
  • 20 Januari 2006 (2006-01-20) (Sundance)
  • 26 Julai 2006 (2006-07-26) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
101 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$8 juta
Pecah panggung$100.5 juta

Filem ini dibuka di Festival Filem Sundance pada Januari 20, 2006 dan hak pengedarannya dibeli oleh Fox Searchlight Pictures.[3] Filem ini mengadakan tayangan terhad di Amerika Syarikat pada Julai 26, 2006 dan kemudiannya ditayangkan lebih meluas bermula Ogos 18.[1]

Little Miss Sunshine mengutip $100.5 juta di seluruh dunia. Filem ini dicalonkan empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan memenangi dua: Skrip Asal Terbaik untuk Michael Arndt dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk Alan Arkin.

Pelakon sunting

Tayangan sunting

Box office sunting

Little Miss Sunshine mengutip $59,891,098 di Amerika Syarikat dan $40,632,083 di peringkat antarabangsa dengan jumlah terkumpul $100,523,181.[1]

Penerimaan kritis sunting

Di Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 91% berdasarkan 208 ulasan dengan purata rating 7.7/10.[4] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 80 daripada 100 berdasarkan 36 pengkritik.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Little Miss Sunshine". Box Office Mojo. Dicapai pada August 22, 2008.
  2. ^ Hornaday, Ann (July 30, 2006). "From Shadows to "Sunshine"". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-04. Dicapai pada 2015-12-25. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Duong, Senh (January 21, 2006). "Sundance: Searchlight Spends Big For "Little Miss Sunshine"". Rotten Tomatoes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-22. Dicapai pada 2015-12-25.
  4. ^ "Little Miss Sunshine (2006)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada January 18, 2011.
  5. ^ "Little Miss Sunshine". Metacritic. Dicapai pada January 18, 2011.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting