Madu Tiga

Filem komedi romantik 1964 arahan P. Ramlee
(Dilencongkan dari Filem Madu Tiga)

Filem Madu Tiga (Jawi: مادو تيݢ) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 12 Februari 1964. Filem Madu Tiga diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Madu Tiga
MaduTiga.jpg
Poster filem Madu Tiga
PengarahP. Ramlee
Penulis
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
Dibintangi
Sinematografi
  • Abu Bakar Ali
  • Mustafa Yassin
Disunting oleh
  • Wong Hong Peng
  • H.R. Raman
Diedarkan olehMalay Film Productions Ltd
Tarikh tayangan
  • 12 Februari 1964 (1964-02-12)
NegaraSingapura
BahasaMelayu

PengarahSunting

Filem Madu Tiga diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 12 Febuari 1964

RingkasanSunting

Watak utama filem ini, Jamil (P. Ramlee) mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka berpoligami. Sebelum ini, Jamil dan Latifah (Zaharah Agus) sudah berkahwin selama 12 tahun. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Semasa Jamil yang licik itu mengahwini Hasnah (Jah Mahadi), dia berbohong dengan mengatakan kononnya Latifah mengizinnya berkahwin lagi kerana Jamil dan Latifah tidak dikurniakan anak. Jamil yang bekerja dengan bapa Latifah memberitahu bapa mertuanya (Ahmad Nisfu) itu mengenai perkahwinan tersebut. Lama kemudian, semasa dia pergi mengutip sewa rumah, Jamil jatuh cinta pada anak perempuan kepada salah seorang penyewa rumahnya, Rohani, (Sarimah) dan bercadang untuk mengetahuinya. Atas bantuan (dan galakan) daripada bapa mertuanya, Jamil dengan liciknya mengaturkan agar ketiga-tiga perkahwinannya itu dirahsiakan daripada isteri-isterinya. Namun demikian, tembelangnya terbongkar apabila ketiga-tiga isterinya itu bertemu di sebuah salun rambut. Rohani menjemput Latifah dan Hasnah untuk minum teh di rumahnya. Mereka kemudiannya menjumpai gambar perkahwinan Jamil dan Rohani. Ketiga-tiga madu itu mula bersahabat dan berpakat antara satu sama lain, menyebabkan Jamil akhirnya terperangkap akibat pembohongan yang dilakukannya selama ini.

PelakonSunting

  • P. Ramlee sebagai Jamil
  • Zaharah Agus sebagai Latifah
  • Jah Mahadi sebagai Hasnah
  • Sarimah sebagai Rohani
  • Ahmad Nisfu sebagai Tuan Haji Latiff
  • M. Rafiee sebagai Rafi
  • M. Babjan sebagai Pak Ali (Ayah Rohani)
  • Zainon Fiji sebagai Ibu Hasnah
  • Doris Han sebagai Doris
  • Ahmad Sabri sebagai Rashid
  • Mislia sebagai Rashida
  • Alias Congo sebagai Apek

LaguSunting

  • Selamat Pengantin Baru nyanyian Puan Sri Saloma
  • Madu Tiga nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Gambus Jodoh nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Pukul Tiga Pagi nyanyian Tan Sri P. Ramlee

Anugerah dan pencapaianSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting