Masam-Masam Manis

Filem komedi tahun 1965 oleh P. Ramlee
(Dilencongkan dari Filem Masam-masam Manis)

Masam-Masam Manis (ejaan lama Masam2 Manis) merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 21 Ogos 1965. Filem Masam-Masam Manis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Masam-Masam Manis
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
Lakon layarP. Ramlee
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
  • 21 Ogos 1965 (1965-08-21) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Masam-Masam Manis diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 21 Ogos 1965.

Sinopsis sunting

Norkiah tiba dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Kawan beliau, Ros, menawarkan kerja di kelab malam sebagai penyanyi. Norkiah menyewa bilik di Lojing Mak Minah. Sewaktu mengalihkan perabut di dalam biliknya, beliau ditengking kerana membuat bising oleh Cikgu Shaari yang menyewa di bilik bersebelahan. Cikgu Shaari seorang penjawat awam berpangkat guru sekolah rendah di Hulu Klang (yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik) serta penyanyi di Copa Cabana Night Club. Bermulalah episod perkelahian antara kedua-dua orang ini. Suatu hari, Cikgu Shaari dan Norkiah menaiki bas yang sama selepas habis mengajar. Beg duit Norkiah telah dicuri oleh seorang lelaki dan peristiwa ini telah diperhatikan oleh Cikgu Shaari. Cikgu Shaari berjaya menolong Norkiah dan bermulalah bibit-bibit perkenalan mereka berdua. Prestasi Cikgu Shaari sebagai pendidik semakin bertambah baik. Mereka selalu berjumpa di Zoo Negara. Perkelahian mereka berakhir selepas mereka terpandang antara satu sama lain yang mana selama ini mereka berjiran. Cikgu Shaari dan Norkiah mengambil keputusan untuk berkahwin dan mereka masih tinggal di lojing tersebut. Cikgu Shaari menyuruh Norkiah untuk berhenti kerja tetapi kontrak nyanyian Norkiah di Silver Tortoise Night Club masih berbaki 3 bulan lagi. Di suatu malam, Cikgu Shaari telah ditawarkan untuk merekodkan lagunya ke dalam piring hitam dengan syarat dia mesti bergandingan dengan seorang penyanyi wanita terkenal Norkiah Hanum di kelab Silver Tortoise. Cikgu Shaari telah pergi ke Silver Tortoise dan berjumpa dengan Norkiah. Alangkah kecewanya hati Cikgu Shaari yang selama ini dia telah ditipu oleh isterinya. Mereka tidak tinggal sebumbung. Hal ini membuatkan Rashid dan Rosnah berpakat untuk menyelamatkan rumah tangga Shaari dan Norkiah. Helah Rashid dan Rosnah berjaya lantas Shaari tewas dengan egonya lalu memaafkan dirinya dan menerima Norkiah semula sebagai isterinya. 5 tahun kemudian, Cikgu Shaari telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar sekolah dan mempunyai rumah yang besar serta keluarga yang besar dan bahagia.

Pelakon sunting

Lagu sunting

  • Ku Rindu Padamu nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Saat Yang Bahagia nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
  • Dalam Air Terbayang Wajah -nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
  • Perwira nyanyian Puan Sri Saloma
  • Ai Ai Twist nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Apa Guna Berjanji nyanyian Puan Sri Saloma
  • Hilang Terang Timbul Gelap nyanyian Puan Sri Saloma

Rujukan sunting

Pautan luar sunting