Masharakat Pinchang

(Dilencongkan dari Filem Masyarakat Pincang)

Masharakat Pinchang (ejaan baru: Masyarakat Pincang) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958. Filem Masharakat Pinchang diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Masharakat Pinchang
Phani
PengarahPhani Majumdar
PenulisB.H Chua (Cerita Asal)
Dibintangi
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1958
Negara Malaysia &  Singapura
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem Masharakat Pinchang diarah oleh pengarah Phani Majmudar pada 1958.

Ringkasan sunting

Cerita ini mengisahkan perbezaan darjat dan taraf masyarakat Singapura ketika itu yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Tetapi kisah seorang kanak-kanak yang bernama Samad mengubah tanggapan masyarakat yang berbeza taraf hidupnya. Samad seorang kanak-kanak yang mencari kakaknya Maimun yang terputus berita selepas kakaknya berkahwin dan berpindah ke Singapura. Setelah menjumpai kakaknya di Singapura, Samad berdikari mencari wang bagi mengurangkan beban kakaknya yang telah bercerai dan menjadi penari joget. Wahab seorang penjenayah sering mengganggu Maimun di tempat kerja. Wahab membuat pakatan dengan Hassan dan Seman untuk menculik waris Pakcik Baruddin iaitu pakcik Hassan sendiri. Niat Hassan, apabila waris pakciknya itu sudah tiada dialah bakal penggantinya. Waris kepada harta pak Baruddin ialah Karim yang seiras wajahnya dengan Samad, Cuma perbezaan taraf hidup yang membezakan mereka. Apa yang akan berlaku terhadap Karim dan apakah kaitan penculikkan itu dengan Samad?

Pelakon sunting

Lagu sunting

Pautan luar sunting