Mat Lanun

(Dilencongkan dari Filem Mat Lanun)

Mat Lanun merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1968. Filem Mat Lanun diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Mat Lanun
PengarahNordin Ahmad
Mat Sentol
PenulisMat Sentol
Dihasilkan olehCathay Organisation
DibintangiMat Sentol
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehCathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1968
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Filem Mat Lanun diarah oleh pengarah Nordin Ahmad dan Mat Sentol pada 1968.

Ringkasan sunting

Mat yang kini bekerja di tempat menyembelih labi labi menemui satu buku kecil (azimat) yang merubah hidupnya. Mat bertemu dengan seorang cina penjual telur yang juga mahir dalam ilmu silap mata. Dari situ bermula perjalanan Mat yang penuh suka duka.

Mat diculik oleh sekumpulan lanun dan dikerah menjadi tukang masak. Mat mula mempraktikkan jampi ajaib dari kitab kecil ditemuinya. Mat yang turut serta dalam aktiviti menculik anak dara orang telah membawa lari anak dara ketua kampung,Siti Mariam. Pemuda kampung telah berjaya menangkap Mat dan memaksanya membawa mereka ke tempat persembunyian lanun.

Pelbagai peristiwa lucu dan tak masuk akal terjadi dalam filem ini seperti pokok lain tapi menghasilkan buah yang lain.

Kronologi sunting

Filem ini adalah sequel kepada Mat Bond dan Mat Raja Kapor. Meskipun banyak membuat magik didalam filem ini, tajuk Mat Lanun telah dipilih dan filem Mat Magic hanya dikeluarkan pada 1971.

Pelakon sunting

Lagu sunting


Pautan luar sunting