Mat Som (filem)

Filem cereka 1990 arahan Hatta Azad Khan
(Dilencongkan dari Filem Mat Som)

Mat Som ialah sebuah filem cereka yang diarah oleh Prof. Dr. Hatta Azad Khan dan diterbitkan oleh Strawberry FTV Sdn. Bhd., diadaptasi daripada novel 1989 bertajuk sama karya Lat.[1][2]

Mat Som
PengarahProf. Dr. Hatta Azad Khan
DibintangiImuda, Tiara Jacquelina, Zami Ismail, Adibah Amin
Tarikh tayangan
1990
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem ini merupakan salah satu filem yang terpilih dalam Program Merakyatkan Filem. Bersempena dengan program itu, Coliseum telah menayangkan semula filem berjudul Mat Som arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan dan turut dilakonkan oleh Imuda sekitar 1990. Selain Imuda, Zami Ismail dan Ahmad Busu, Mat Som turut dilakonkan oleh Tiara Jacquelina (kini Datin Seri) dan Adibah Amin.[3]

Sinopsis sunting

Mat Som ialah seorang penulis bebas yang bekerja di Kuala Lumpur dan tidak banyak mendapat tugasan dan kecewa kerana tidak mendapat buah fikiran untuk meningkatkan tahap kehidupannya. Selain itu dia gagal menarik perhatian gadis sebelah rumah yang diminatinya, Yam. Dia semakin tertekan apabila bapanya memperkenalkannya kepada Wan Faridah.Namun akhirnya Mat Som bercinta dengan Yam. Manakala Wan Faridah sebenarnya telah mempunyai kekasih lain. Begitulah kehidupan, jodoh pertemuan adalah rahsia Tuhan.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Kamsah Sirat (1 Februari 1990). "Karya kartunis Lat difilem". Berita Harian Singapura. m/s. 5.
  2. ^ Danial Aziz Ahmad (11 September 2017). "Mat Som: Satu-Satunya Filem Malaysia Yang Diadaptasi Daripada Novel Grafik". The Patriots. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  3. ^ Imuda tidak lagi sunyi, © Utusan Melayu (M) Bhd

Pautan luar sunting