Matahari (filem)

(Dilencongkan dari Filem Matahari)

Matahari merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian Malaya pada tahun 1958. Filem Matahari diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Matahari / Mata Hari
PengarahRamon A. Estella
PenerbitMalay Film Productions Ltd
PenulisRun Run Shaw (Lakon layar)
A. Razak (Cerita Asal)
Dibintangi olehMaria Menado, Ahmad Mahmud, Salleh Kamil, Omar Rojik
Muzik olehOsman Ahmad
SinematografiHitam putih
Disunting olehH. R. Narayana
Hayat Harris
PengedarShaw Brothers Ltd.
Mula ditayangkan
1958
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaBahasa Melayu

TriviaSunting

Beberapa 'scene' di awal filem yang menunjukkan peperangan tersebut merupakan rakaman perang yang asli dari tahun 1941 hingga 1942.

Banyak yang tidak menyedari bahawa kesemua topi-topi tentera jepun yang dipakai cuma mempunyai 3 helai kain manakala yang asli mempunyai '4 helai kain dan nampak seperti di tampal bahagian atas nya di topi tersebut'.

Hitam (Salleh Kamil) merupakan tali barut jepun di dalam filem ini tetapi tidak mempunyai lencana pangkat di tepi kolarnya,tidak seperti Captain Nakamura (Omar Rojik) dan yang lain.

PengarahSunting

Filem Matahari diarah oleh pengarah Ramon A. Estella dan dibantu oleh Omar Rojik. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Filem Matahari ini ditayangkan pada 1958.

RingkasanSunting

Filem ini mengisahkan pemberontakan penduduk di Tanah Melayu terhadap penjarahan oleh tentera Jepun. Konflik cinta kasih sayang juga diterapkan dalam plot filem ini. Di penghujung cerita, Matahari (Maria Menado) satu-satunya wanita yang terselamat bersama-sama 9 orang askar Melayu serta seorang askar Gurkha melawan tentera Jepun sehingga titisan darah terakhir.

PelakonSunting

Pelakon tambahan seperti Askar Jepun dan Orang Kampung masih belum diketahui

Pautan luarSunting

http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19581010-1.2.80

http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19581114-1.2.64.aspx

http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19581130-1.2.96

http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=freepress19581129-1.2.85.17

http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19581205-1.2.76