Matinya Seorang Patriot

(Dilencongkan daripada Filem Matinya Seorang Patriot)

Matinya Seorang Patriot merupakan filem romantik ngeri Malaysia 1984 diarahkan oleh Rahim Razali. Filem ini mengisahkan kematian Haji Shahban, seorang tokoh politik dan perniagaan serta kejadian yang berlaku akibat daripada kematian itu. Dibintangi Eman Manan dan Noorkumalasari.

Matinya Seorang Patriot
PengarahRahim Razali
PenulisRahim Razali
Lakon layarRahim Razali
Dihasilkan olehZarul Albakri
Azmil Mustapha (eksekutif)
DibintangiEman Manan
Noorkumalasari
Saadiah
Disunting olehMior Hashim Manap
Diedarkan olehZSA Film Production
Tarikh tayangan
29 Mac 1984 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Cerita berkisar pada kematian seorang nasionalis dan pejuang politik veteran bernama Haji Shahban di Kampung Seri Tualang, jauh dari Kuala Lumpur. Ramai yang meratapi kematian orang besar ini tetapi tiada siapa pula pernah menduga kejadian huru-hara yang bakal menyusuli kematiannya itu.

Di Kampung saja macam-macam berlaku. Anak-anak tiba-tiba pula berubah sifat, menjadi pendiam dan pemarah sentiasa berkelakuan penuh misteri. Hal ini menekan kehidupan dan perwatakan ibu mereka (isteri Haji Shahban), Mak Aji. Seterusnya perbalahan politik mula mendadak di Seri Tualang. Si gila kuasa, gila nama, gila harta mula bertindak dan bertelingkah untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Haji Shahban.

Di Kuala Lumpur, peninggalan Haji Shahban tidak juga kurangnya meninggalkan kesan. Lembaga Pengarah Melati Holdings Sdn. Bhd. sebuah syarikat besar kepunyaan Bumiputera seperti tergoncang berikutan kematian orang kuat kampung itu.

Saiful, salah seorang anak Haji Shahban ke Kuala Lumpur atas alasan kononnya untuk mencari nasib di situ. Pertemuannya dengan anak gadis Pengerusi Melati Holdings, Hanis membawa mereka ke ambang permainan cinta yang merbahaya. Mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama dan dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi.

Namun, semuanya terganggu akibat pembunuhan mengejut tiga orang Pengarah Melati Holdings. Bapa Hanis, Yusof berasa gentar dan pergi ke kampung Haji Shahban untuk menceritakan kejadian yang menyebabkan Haji Shahban terganggu. Mak Aji ketika zaman mudanya telah menjadi bahan penggambaran Mat Salleh, gambar ini bersifat lucah. Ahli lembaga yang lain telah menggunakannya untuk mengugut Haji Shahban.

Anak-anak Haji Shahban yang lain tidak terkejut apabila Yusof meninggalkan mereka. Mereka sudah lama tahu kerana Saiful menyaksikan kejadian di mana ahli lembaga yang dibunuh itu meracuni Haji Shahban. Di sini perancangan dimulakan oleh abang sulung mereka, Safuan untuk membalas dendam atas kematian ayah mereka. Saiful tidak bersetuju dengan cara mereka tetapi bersetuju untuk mendapatkan maklumat pergerakan 3 orang tersebut.

Hanis mendapat tahu akan perancangan Saiful dan menuduhnya ingin membunuh Yusof. Ketika itu, adik-beradik Saiful tiba untuk menyuruhnya menyiapkan bahagian tugasannya. Saiful enggan mengambil bahagian lagi kerana dia sudah jatuh cinta dengan Hanis. Safuan berang dan mencabar adiknya berlawan pedang sehingga mati. Safuan berjaya mengalahkan Saiful dengan cara menendangnya ke arah bingkai. Bingkai itu mempunyai muka Haji Shahban, lantas menyedarkan Saiful daripada amukannya.

Dia memohon maaf atas segala perbuatannya dan menyerahkan dirinya bersama adik-adiknya yang lain kepada polis. Saiful bangkit dari pitam dan memeluk Hanis dengan erat.

Pelakon

sunting

Kredit

sunting

Anugerah dan pencapaian

sunting
  • Festival Filem Malaysia ke-5, 1984
  • Filem Terbaik - Zarul Albakri
  • Pengarah Terbaik - Rahim Razali
  • Lakonlayar Terbaik - Rahim Razali
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Eman Manan
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - S. Roomai Noor
  • Jurukamera Terbaik - Zainal Othman
  • Penyunting Terbaik - Meor Hashim Manap

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting