Misi: 1511

(Dilencongkan dari Filem Misi:1511)

Filem Misi:1511 terbitan AV Vision mula ditayangkan semenjak 14 Disember 2006.

Misi:1511
PengarahYoung Juwahir
Dihasilkan olehYoung Juwahir, Tuan Haji Mazlan
DibintangiEja
Rico Tampatty
Adlin Aman Ramlie
Tarikh tayangan
14 Disember 2006
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pelakon sunting

Sinopsis sunting

Filem Misi 1511 merupakan sebuah filem aksi komedi yang diarah oleh Ir Young Jawahir. Filem Misi 1511 mengisahkan persaingan di antara dua orang pakar saintis bernama Kamal Hanafi (Rico Tampathy) dan Johan (Adjie Pengestu) yang beradu menerusi sebuah pertandingan sains. Kamal berjaya menjadi juara lantas menjadi seorang perisik yang tersohor di Malaysia. Manakala, Johan yang terlalu kecewa dengan kekalahannya terus berubah menjadi jahat.

Malangnya keluarganya menjadi mangsa dan dibunuh dengan kejamnya di hadapan matanya sendiri. Ini mengakibatkan Kamal meletak jawatan daripada Agensi Penyiasat Rahsia. Kamal kemudiannya bertunang kepada anak seorang ahli perniagaan tersohor, Camelia (Siti Shahrizah atau Eja). Pada suatu hari, bapa Camelia iaitu Datuk Mahfuz (M.Rajoli) diculik oleh kumpulan yang diketuai Johan dan mereka menuntut RM 5 juta untuk membebaskannya. Kamal kemudian berusaha mengalahkan Johan dari Camelia serta mengebom bangunan tertinggi di Malaysia dengan bantuan agensinya.

Pencapaian sunting

Festival Filem Malaysia Ke-20(2007)

  • Pengarah Harapan-Young Juwahir(Pencalonan)

Pautan luar sunting