Mistik (filem)

Filem seram Malaysia 2003 arahan Prof. A. Razak Mohaideen
(Dilencongkan dari Filem Mistik)

Mistik ialah sebuah filem seram Malaysia 2003 arahan pengarah prolifik terkenal, Prof Abdul Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 April 2003. Filem yang dibintangi Cico Harahap, Rita Rudaini, Lisdawati, Farid Kamil dan Ezad Lazim ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar melakukan kajian di sebuah pulau yang mistik.

Mistik
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisAbdul Razak Mohaideen
Lakon layarAbdul Razak Mohaideen
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Muzik olehEdry Abdul Halim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 24 April 2003 (2003-04-24) (Malaysia)
Masa tayangan
100 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.82 juta
Pecah panggungRM 2 juta

Sinopsis sunting

Cerita dimulakan dengan lelaki bernama Syafiq, memasuki sebuah bilik mayat yang agak malap. Dia memegang sebilah pisau lipat sambil berjalan-jalan melihat-lihat beberapa mayat. Sesekali dia tersenyum sinis. Tidak lama kemudian, tiba-tiba lampu yang malap tadi berkelip-kelip dan bergoyang-goyang. Katil-katil turut bergoyang. Syafiq terkejut dengan apa yang terjadi. Akhirnya dia menjerit ketakutan di dalam bilik itu. Kemudian, bersambung dengan satu babak dimana terlihat seorang perempuan bernama Mona sedang berjogging seorang diri di tepi pantai. Semasa berlari, seekor kucing hitam melintasinya. Dia kaget. Lantas mengikut kucing tersebut. Dia sampai di sebuah tempat yang dipenuhi pokok-pokok dan semak-samun. Akan tetapi kucing tersebut telahpun hilang. Mona melilaukan matanya pada sekeliling. Tiba-tiba, kakinya terpijak pasir jerlus yang menyebabkannya terjatuh lalu tenggelam dalam pasir tersebut.Dia terjerit-jerit. Akan tetapi kepalanya pun telah hampir tenggelam. Cerita diteruskan dengan perempuan bernama Anuk, di dalam bilik air sambil mendengar lagu. Semasa melihat cermin,dia mendengar bunyi pintu lalu mendapati pintu bilik airnya terbuka sedikit. Dia sedikit pelik lalu menutup pintu kembali. Dia kemudian masuk ke dalam bath tub lalu menutup matanya dengan kain. Kemudian, tempat flush tandas tiba-tiba diflush dengan sendiri dan mengeluarkan air berwarna merah seperti darah. Dan Anuk pula seperti ditarik kakinya lalu hampir lemas. Kemudian, muncul babak lain menunjukkan perempuan bernama Rina berjalan sendirian di tangga dan melintasi 3 orang lelaki botak. Dia berasa pelik melihat mereka. Sambil berjalan, dia menemui tempat pelik yang dipenuhi lukisan black metal dan ganas.Rina cuba memasuki tempat itu akan tetapi dia mendengar bunyi perempuan menangis. Dia segera ingin meninggalkan tempat itu. Akan tetapi lampu tiba -tiba berkelip-kelip. Debu mula berterbangan. Rina melihat bayangan aneh di dinding. Dia menjerit ketakutan. Selepas itu, muncul babak seorang lekaki bernama Aryan berenang di kolam renang sambil ditemani seorang perempuan bernama Tasya. Dia mengusik-usik gadis tersebut. Sedang dia berenang, tiba-tiba seorang perempuan menariknya dan menyebabkan dia hampir lemas. Dia segera menuju ke tebing dan apabila dia terpandang Tasya, dia menjerit lagi dan jatuh dalam kolam. Muncul babak seorang gadis bernama Atirah duduk di ruang tamu sambil mendengar muzik Hindustan. Sedang dia menyanyi, bekalan elektrik tiba-tiba putus. Suasana jadi gelap. Radio juga mati. Tidak lama kemudian, radio terbuka secara sendiri dan memainkan muzik yang tersekat-sekat. Atirah panik. Dia menutup langsir tapi terbuka secara sendiri dan angin bertiup kencang. Muzik tadi bertukar menjadi suara tawa yang garau. Atirah menjerit-jerit ketakutan. Babak lain muncul iaitu sebuah kereta berhenti di satu tempat. Keluar seorang wanita dari pintu belakang tanpa berkata apa-apa dan terus berjalan masuk hutan. Di dalam kereta itu ada dua orang lelaki iaitu Jeffery dan Hakim. Jeffery bengang kerana perempuan itu tidak menutup pintu kereta. Dia keluar untuk tutup. Tapi dia mendapati seorang bayi di tempat duduk belakang dan berfikir perempuan tadi terlupa mengambil bayinya. Jeffery dan Hakim pun bersama-sama untuk kembalikan bayi itu. Akan tetapi selepas masuk ke hutan dimana perempuan itu tuju tadi, mereka melihat banyak batu nisan dan itu adalah kubur lama. Mereka tergamam dan perlahan-lahan memandang bayi yang dipangku. Mereka menjerit melihat bayi tadi ialah batu nisan!!!!!!!!!!! Kemudian babak bertukar menjadi suasana bilik kuliah yang di penuhi pelajar. Hakim sedang bercerita mengenai pengalamannya. Rupa-rupanya kejadian-kejadian tadi hanyalah mimipinya semata-mata dan berkata dia terkencing semasa bangun. Kesemua pelajar merungut kerana menyangkakan itu adalah kejadian sebenar. Professor di depan hanya tersenyum dan menenangkan keaadan. Prof itu kembali bercerita tentang serba-sedikit mengenai mistik alam melayu. Malah ada yang tidak mempercayai tentang kewujudan makhluk halus. Prof itu kemudian memberikan tugasan iaitu membuat kajian tentang mistik alam melayu. Tetapi mendapat bantahan daripada seorang pelajar yang merasakan itu karut.Kelas menjadi kecoh seketika. Prof itu kemudian berkata,"sesiapa yang tidak ingin mengikuti tugasan ini sila keluar". Kemudian ramai pelajar keluar dari bilik kuliah dan hanya tinggal 8 pelajar iaitu Syafiq, Hakim, Jeffrey, Aryan, Mona, Rina, Tasya, Anuk dan Atirah. Prof kemudian memberikan satu fail yang mengandungi skop projek mereka. Mereka memilih Syafiq sebagai ketua kumpulan.

Akhirnya,hari yang ditunggu pun tiba. Tetapi sebelum bertolak, mereka telah berjumpa tok imam merangkap paklong Syafiq untuk mendapatkan nasihat sebelum kesana. Perjalanan pun diteruskan. Mereka menyanyi riang sepanjang perjalanan. Kemudian,mereka sampai di tempat bot. Mereka memilih sebuah pulau terpencil tak berpenghuni untuk buat kajian. Semasa memasuki bot,mereka agak pelik melihat wajah pemandu bot yang mengerikan. Pemandu bot itu tersenyum seram. Perjalanan diteruskan dan mengambil masa agak lama.

Pulau sudahpun kelihatan. Para pelajar sudah bersedia untuk turun tetapi pemandu bot itu tidak boleh membawa bot menghampiri pulau atas beberapa faktor. Pelajar mula merungut dan tidak tahu cara untuk ke pulau. Pada masa yang sama, Jeffery ternampak Anuk berenang di tasik dan tiba-tiba ditarik sesuatu.Jeffery lantas terjun untuk menyelamatkan gadis itu. Keaadan jadi kecoh. Syafiq pula terjun untuk selamatkan Jeffery. Apabila mereka sudah turun ke bot, Jeffery terkejut melihat Anuk ada di dalam bot.Rakan yang lain memarahi Jeffery kerana tiba-tiba terjun. Jeffery lantas beritahu apa yang dilihatnya tetapi Anuk mengatakan dia tidak terjun dan kekal di atas bot sejak tadi. Jeffery terus terduduk dengan muka ketakutan. Akhirnya, mereka menggunakan jalan pulau belakang untuk pergi pulau. Semasa mereka memasuki pulau, Atirah meminta Hakim untuk mengambil gambar mereka ramai-ramai. Gambar sudah diambil dan apabila dilihat kelihatan seorang perempuan tidak dikenali berbaju putih turut di dalam foto itu. Hakim mengggil dan lantas beritahu ingin pulang dan tidak mahu ikut yang lain. Rakan lain pelik dan hanya mentertawakannya. Hakim tunjukkan foto itu kepada Jeffery, Jeffery pun ingin pulang. Dan mereka berdua pun pulang lalu tinggal Syafiq, Aryan, Tasya, Mona, Rina, Anuk dan Atirah. Mereka pun meneruskan perjalanan masuk ke pulau. Mereka pun menjumpai tempat yang sesuai untuk memasang khemah. Sementara mereka memasang khemah dan membersihkan tempat, Aryan dan Rina pergi mencari beberapa kayu. Semasa mereka berjalan, kedengaran bunyi burung yang sangat pelik. Rina mula ketakutan lantas menyuruh Aryan cepat-cepat memotong kayu. Pada masa yang sama di tempat khemah, Atirah ingin mandi di sungai sendirian tetapi dibantah Mona dan mengatakan supaya menunggu Aryan dan Rina dan jangan bersendirian. Atirah terus merengek dan meminta kebenaran Syafiq. Syafiq yang penat hanya membenarkan saja. Atirah pun pergi. Di waktu yang sama, Mona sedang sedang memanggil Anuk tetapi tidak dipedulikan kerana dia mendengar lagu. Mona lantas menarik headphone dan memarahinya. Anuk berang dan mereka berdua mula berperang mulut. Syafiq lantas memarahi mereka supaya senyap. Tasya pula merungut kerana badannya yang lekit dan kurang selesa dengan keaadan hutan. Semasa Atirah mengisi air di sungai sambil menyanyi, dia ternampak kelibat Jeffery memasuki hutan. Dia berasa pelik walhal Jeffery telahpun pulang bersama Hakim tadi. Dia menyangkakan Jeffery tidak jadi pulang lantas memanggil lelaki itu tapi tidak dipedulikan. Dia segera mengekori Jeffery dan tiba-tiba terdengar sesuatu mengilai dan segera memhampiri Jeffery lalu memeluknya. Apabila berpaling wajah ke Atirah, Atirah tergamam melihat wajah Jeffery pucat dan mengerikan. Dia lantas menjerit kemudian pengsan. Aryan dan Rina yang sedang berjalan terdengar jeritan Atirah dan segera pergi ke arah jeritan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting