No Problem

(Dilencongkan dari Filem No Problem)

No Problem ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2001. Ia ditayangkan pada 19 Julai 2001 dan dibintangi oleh Opie Zami, Danny X-Factor, Maya Karin dan ramai lagi.

No Problem
PengarahZ. Lokman
PenulisZ. Lokman
Lakon layarZ. Lokman
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 19 Julai 2001 (2001-07-19) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler

Di sebuah pulau yang dikelilingi pohon kelapa dengan bentuk geografinya, teluk tepian pantai tinggal seorang pemuda di mana keturunannya menjadikan kelapa sebagai mata pencarian bagi menyara kehidupan. Pemuda ini dikenali sebagai Awang dan bersikap periang serta agak lurus. Bagaimanapun, beliau mempunyai kebolehan menggunakan kapak bertali bagi memetik kelapa.

Walaupun memetik kelapa menggunakan kapak merupakan kepakaran dan mata pencarian Awang sejak turun temurun, beliau kemudiannya berubah fikiran dengan bekerja sebagai pencuci atas nasihat Rosnah, seorang gadis manis kampung yang diminati ramai pemuda kampung termasuk Sidibijo yang berazam untuk menjadi saintis dengan mencipta alat laser untuk memetik kelapa bagi menandingi kepakaran kapak Awang. Bagaimanapun, ibubapa Rosnah iaitu Pak Kidam dan Mak Nah tersalah anggapan keakraban Rosnah dan Awang.

Mereka tidak sukakan pekerjaan Awang yang menjadikan kelapa sebagai mata pencarian utama. Rosnah hanya berkawan biasa dengan Awang dan sering bertukar pandangan dan nasihat. Dalam masa yang sama, Rosnah juga sering memberi perangsang dan nasihat kepada Sidibijo dalam usaha mencipta mesin laser. Sidibijo menaruh harapan kepada Rosnah dan cemburukan hubungan akrab Rosnah dan Awang. Rosnah kemudiannya ditawarkan bekerja di chalet kepunyaan Encik Malik sebagai penyambut tetamu dan setelah bakat nyanyiannya terserlah dia kemudiannya ditawarkan menyanyi 'live band' di chalet tersebut.

Dalam pada itu, Encik Malek telah diancam oleh sekumpulan penjahat yang mahukan wang perlindungan. Kumpulan penjahat ini kemudiannya menculik Puan Aini iaitu isteri Encik Malek sebagai tebusan. Awang dengan kepakaran kapaknya, telah berjaya membantu polis menumpaskan kumpulan tersebut. Satu pertandingan telah diadakan di antara Awang dan kapaknya dengan Sidibijo dan alat lasernya untuk menjatuhkan kelapa. Sabotaj dan ketidakpuasan berlaku, dan akhirnya keputusan menjadi seri. Di sini, Awang mengalah dengan tujuan menyedarkan Sidibijo supaya tidak terlalu angkuh. Cinta dalam diam antara Awang dan Rosnah akhirnya terbalas.

Pelakon sunting

Trivia sunting

  • Penggambaran filem ini cuma mengambil masa 18 hari.

Sambutan sunting

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM150,000.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting