Pancha Indera Harimau Berantai

Pancha Indera Harimau Berantai merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1970. Filem Pancha Indera Harimau Berantai diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pancha Indera Harimau Berantai
PengarahS. Kadarisman
PenulisS. Kadarisman
Lakon layarS. Kadarisman
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
DibintangiEd Osmera
Hussein Abu Hassan
SinematografiHitam Putih
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1970
Masa tayangan
100 Minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem ini diarahkan oleh S. Kadarisman, filem ini merupakan filem sekuel kepada filem Panglima Harimau Berantai terbitan tahun 1970 juga diarahkan oleh S. Kadarisman.

Ringkasan sunting

Andi Ujang @ Harimau Berantai telah memulakan pengembaraannya setelah kematian isterinya Tanjong yang mati ketika melahirkan anaknya. Sri Mawar telah diserahkan jagaannya kepada seorang lelaki yang dipanggil Bapak. Sewaktu pengembaraannya, Andi Ujang telah membantu Kiyai Wijaya yang telah diserang oleh kuncu-kuncu Andika dan Pinchang.

Kiyai Wijaya membawa Andi Ujang tinggal dirumahnya. Dia tinggal bersama dua orang anaknya iaitu Teruna dan Angrini. juga seorang cucu bernama Putra. Kiyai Wijaya menceritakan kepada Andi Ujang yang dia merupakan pewaris kepada keris pusaka yang mempunyai kuasa sakti bernama Pancha Indera.Sebelum kematiannya, Kiyai Wijaya telah meminta Andi Ujang menjaga keris Pancha Indera dan keluarganya.

Pada suatu hari, Pinchang telah datang ke rumah kerana ingin mencuri keris Pancha Indera.Pinchang berjaya mencuri keris itu dan membunuh Teruna dan Angrini. Andi Ujang mahu menuntut bela di atas kematian mereka dan menjadikan Putra anak angkatnya. Sewaktu pertarungan Andi Ujang dan Pinchang, Pinchang telah menggunakan kuasa keris Pancha Indera kepada Andi Ujang dan menyebabkannya menjadi buta. Seorang perempuan tua telah menyelamatkan Andi Ujang dan Putra dan membawa mereka tinggal di rumahnya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Idris Hashim sebagai Kiyai Wijaya
  • Tamam Idris sebagai Penjaga Sri Mawar
  • Ismail Mahmud sebagai Teruna
  • Chik Ahmad sebagai Nenek
  • S. Kadarisman sebagai Pendekar Gempita Alam
  • M. Shahdan

Pelakon undangan sunting

Pautan luar sunting